Sunday, November 23, 2008

Yoga Atau Solat


Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dibantah buat kali kedua selepas membuat keputusan tentang haramnya pengkid. Kali ini membabitkan pengharaman bagi umat Islam mengikuti yoga, iaitu sejenis senaman orang-orang hindu. Apa yang mendukacitakan kita ialah bantahan daripada kalangan orang-orang Islam sendiri.

Seorang artis wanita mendakwa penyakit asma dan sakit tulang belakang beliau telah sembuh apabila mengikuti yoga selama 4 tahun. Menurut beliau tiada mentera dan unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah dalam yoga yang beliau lakukan dan beliau sentiasa berhati-hati tentang akidahnya.

Sementara itu, Sisters in Islam (SIS) juga menyanggah keputusan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu. Menurut mereka tiada kes lagi yang melibatkan pengamal yoga terpesong akidahnya dan yoga itu cuma sejenis senaman.

Sewajibnya, kita sebagai umat Islam menghormati keputusan yang telah dibuat itu. Pada saya, Majlis Fatwa Kebangsaan menjalankan tanggungjawabnya menjaga umat Islam daripada terpesong akidahnya. Jikalau kita tunggu terpesong akidah baru hendak bertindak, itu sudah terlambat. Lagipun, ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan bukan calang-calang orang dan mereka tidak akan membuat sesuatu keputusan hanya bersandarkan kepada agak-agak sahaja. Keputusan dibuat bersandarkan kepada kajian yang terperinci, jadi kalau kita selaku umat Islam tidak boleh menerima keputusan cendikiawan kita sendiri, maka kepada siapa lagi kita hendak harapkan? Inilah seperti yang pernah disabdakan Rasulullah yang mana umat islam akhir zaman ramai tetapi seperti buih di laut.

Kita tidak nafikan keperluan berikhtiar bagi mengubati penyakit, tetapi ikhtiar itu mestilah tidak melanggar syariat yang telah digariskan oleh Islam. Kalau hendak letakkan sembuh sebagai ukuran kebenaran hujah maka ramai orang yang berdukun,jumpa pawang yang menggunakan ilmu hitam juga ada yang sembuh penyakitnya. Apa yang kita cari adalah keredhaan Allah ta'ala.

Cuba kita renung, mengapa di dalam yoga kita boleh fokus dan kusyuk tetapi tidak di dalam solat? Di sinilah terletaknya kualiti solat kita, jikalau solat itu berkualiti ianya akan dapat membunuh sifat-sifat mazmumah, bahkan penyakit yang kronik sebagaimana ubat-ubatan yang berkualiti dan mahal harganya. Begitulah juga harga solat yang berkualiti akan melambung tinggi melepasi harga siling dan menjadi penawar berbagai penyakit kerana itu janji Allah, yang mana solat itu boleh mencegah segala kejahatan dan kemaksiatan. Seandainya kita hendak memadam kebakaran, kita diajar memadamkan pada punca kebakaran itu. Begitu juga dengan penyakit, cari puncanya. Jikalau kita tidak ada hasad dengki, khianat dan sebagainya maka kita tidak perlu banyak berfikir bagi menghadapinya dan tiada orang yang sakit hati pada kita. Masyarakat yang solatnya berkualiti juga akan menyediakan makanan secara halal dan suci, tiada tipu timbangan,tiada campuran bahan yang tidak dibenarkan, tiada pembunuhan, tiada rompakan dan berbagai jenayah lainnya lagi. Apa yang penting, carilah keredhaan Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Sifat menasio doh suko hok ore lebih pade hok sediri.

Tgk ni.. wat malu yo. pg 50 line-3 magic book.
http://mahaguru58.blogspot.com/2008/11/cakra-alam-exposed-what-bummer.html

CankerSaurus

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Itulah yang terjadi apabila ajaran agama sendiri dipinggirkan sedang ajaran agama lain diambil kira. Padahal telah ramai ulama yang menulis kitab mengenai kesihatan dan kedamaian dalam Islam.

Sister In Islam (SIS) apa sangat yang dia tahu pasal Islam. Cakap tentang Islam kononnya hebat, tetapi jika diperhatikan jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...