Tuesday, December 20, 2011

Sumpah...menyampah

Ramai betul orang nak bersumpah sekarang ni untuk bersihkan nama. Walhal setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali kita bersumpah di hadapan Allah, itu untuk bersihkan hati bukan nama. Setiap permulaan solat kita berikrar...tapi "tepuk dada tanya diri sendiri sejauh mana patuhnya kita..."
Kadangkala naik menyampah dengan sikap cabar mencabar suruh sumpah bagi membuktikan siapa yang betul...alahai...

Tuesday, December 13, 2011

Bila Lebihkan Dunia...

Pada saya, adanya orang yang sanggup mengarah, melakon dan apa-apa kaitannya dengan penghinaan terhadap hukum hudud kerana sikap orang yang mengaku Islam itu sendiri. Malahan sikap orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan hal ehwal agama Islam itu sendiri.Mengapa dalam isu lain kita lantang mengkritik dan mendesak? Tetapi tidak dalam hudud? Tepuk dada, tanya iman. Wallahu 'alam.

Wednesday, October 19, 2011

Baling Batu Sembunyi Tangan


Tidak habis-habis dengan cerita menganiaya orang lain. Belumpun selesai dengan kes DSAI, timbul pula cerita Mat Sabu, belum reda isu itu, bangkit pula isu hudud. Belum sejuk isu itu bakar pula tentang kenyataan Prof. Dr. Aziz Bari. Belumpun seleasai isu ini bangkit pula isu anak KM PP. Yang jelas, semuanya ada agenda tersembunyi.

Analoginya, jikalau ada sekumpulan orang yang tersangat nakal dan selalu menganiaya orang lain di dalam sesebuah kampung maka jikalau terjadi sesuatu yang memang terang-terang dilakukan oleh manusia, logiknyalah masyarakat akan menuding tangan kepada kumpulan tersebut. Teringat saya pada awal tahun 80-an dahulu, semasa kami meraba-raba di dalam kegelapan malam mencari tempat duduk bagi mendengar ceramah anjuran Pas, sekonyong-konyong seorang sahabat yang sekarang sudah kembali ke rahmatullah bertempik;

"Cis! menatang U**O mana berak sini nih..." Sambil menggesel-gesel selipar jepunnya ke batu.
Rupa-rupanya, dia terpijak najis manusia.

Wednesday, October 12, 2011

...berbanding negara jiran...

Ungkapan yang selalu kita dengar bahkan udah naik muak..."...lebih murah berbanding negara jiran...", " ...lebih rendah berbanding negara jiran..." ntah apa-apa lagi...

Sunday, September 25, 2011

Hudud itu Amanah Allah

Pada saya, hudud itu bukan satu isu tetapi amanah daripada Allah untuk hamba-Nya. Jadi, tidak timbul hudud Pas atau Umno. Setiap pemerintah semestinya berkewajipan melaksanakannya. Hendak atau tidak sahaja. Rata-rata pemimpin Umno berhujah yang masa sekarang tidak sesuai. Jadi kalau hendak masa yang sesuai rasanya apabila Pakatan memerintah kot. Wallahu 'alam
.

Saturday, September 10, 2011

Betulkah negara kita tak pernah dijajah?


Selepas status pejuang tanah air Mat Indera dipertikaikan dan diketengahkan maka bermacam-macam lontaran pendapat di hamburkan. Yang baru kita ketahui adalah pendapat beberapa orang sejarahwan tanah air, iaitu "negara kita tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi".
Apa yang saya tahu selama ini,apa yang saya baca dalam buku-buku sejarah adalah penjajahan tanah melayu. Jika kita tidak pernah dijajah maka mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara setiap tahun?
Selama 54 tahun selepas 31 Ogos 1957, mengapa baru sekarang tokoh-tokoh sejarah baru memberitahu bahawa negara kita sebenarnya dinaungi bukan dijajah?
Wallahu 'alam.

Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Di Sebalik Kemerdekaan Negara...


Seawal tahun 80-an lagi saya mendengar ceramah Mat Sabu dan rasa saya tiada yang berbeza dengan ceramah-ceramah beliau kini. Cuma yang berbeza jawatan yang disandang beliau kini. Perbandingan dan kaitan beliau dalam isu-isu semasa tetap sama macam dulu, biar sambutan kemerdekaan itu dikongsi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman atau kepentingan politik semata-mata.
Pada saya, isu ini sengaja diperbesarkan apabila seseorang itu ada kepentingan walaupun tahu ianya bukan apa yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.Tentu ada hikmat di sebalik semua itu dan jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah tetap bersama kita. Serangan ini pada saya kerana Mat Sabu sekarang merupakan Timbalan Presiden PAS. Dengan kata lain sengaja untuk mencari kebencian rakyat pada PAS.
Apa yang saya nampak, mereka gagal apabila menyerang melalui agama maka mereka ingin menyerang melalui fakta-fakta sejarah pula. Maka sekarang ni pakar-pakar sejarah mula diserbu...
Wallahu 'alam.

Wednesday, August 3, 2011

Hangat-hangat Tahi Ayam...


Betul ke tahi ayam tu hangat?...Tak percaya cubalah sentuh selepas ayam melepas...Okey ler, apa yang pasti ianya hangat cuma seketika sahaja. Perumpamaan ini diberikan kepada kerja-kerja yang dibuat seketika sahaja. Banyak kita lihat yang menepati peribahasa ini sama ada dalam pentadbiran negara ataupun organisasi-organisasi yang sekecil-kecilnya.
Contoh yang selalu kita dengar semasa pilihanraya, berbagai-bagai projek dicanangkan akan dibuat yang mana hangat semasa sebelum pilihanraya selepas itu terus sejuk.
Macam juga terawih panas semasa hari pertama, kedua lepas tu udah berkurangan bilangan ahli jemaahnya. Wallahu 'alam.

Monday, August 1, 2011

Ketua Pembangkang

Bagi saya tidak mustahil Tengku Razaleigh dilantik jadi Ketua Pembangkang, itupun rasanya selepas BN rebah dalam pilihanraya.

Sunday, July 31, 2011

Selamat menjalani Ibadat Puasa

Buat semua umat Islam, selamat menjalani ibadat puasa. Moga-moga Allah pertingkatkan keimanan kita. Insya-Allah.

Tuesday, July 19, 2011

Lebih Sudu Dari Kuah...

Akhirnya, isu Anugerah yang baru dihebohkan di uitm yang dicadangkan untuk menganugerahkan pelajar yang kuat kemelayuannya dikatakan selesai. Khabarnya, anugerah ini dicadangkan oleh MP Bebas Pasir Mas yang menang atas tiket Pas. Biasanya, bila disebut "bebas" tiada peraturan yang perlu diikuti. Boleh hentam ikut suka.
Jadi orang melayupun ada pantang larang dalam kehidupan. Ada aturannya, bukan boleh hentam sembarangan. Maka, rasanya orang yang berfikiran "bebas" tidak sesuai memperjuangkan sesuatu yang bukan bebas. Wallahu 'alam.

Anugerah

Kat Kelantan dah lekat satu nama, walaupun gelaran yang diberi oleh rakyat Kelantan jer...ghetak Brahim Ali. Sekarang UiTM nak namakan Anugerah Ibrahim Ali pulak...ntah ler...

Sunday, July 17, 2011

Kalau Udah Bergelumang Tahi...


Bila Kerajaan Kedah mengeluarkan arahan berhubung dengan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan,maka manusia yang cintakan kemaksiatan melenting. Bermacam-macam bantahan dibuat. Sekonyong-konyong, negeri yang seorang rakyatnya berstatus "mulia" yang bertanggungjawab dalam pendedahan video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang melawan arus kebangkitan Islam.Negeri ini dengan bangganya mengumumkan perlanjutan tempoh atau masa operasi pusat-pusat hiburan di dalam bulan Ramadhan.
Agak-agaknya...banyak lagi ke babak yang belum di rakam?

Monday, July 11, 2011

Jika Ikhlas,...


Jika ikhlas, kita tidak akan bercakap berbelit-belit walaupun dibangkang oleh sekutu lain. Jika ikhlas kita tidak akan bertindak berlandaskan nafsu. Jika ikhlas kita berjuang menuntut keadilan walaupun dibelenggu. Jika ikhlas, kita tidak akan melapor perkara yang fitnah dan boleh mengundang kemudharatan kepada orang lain. Jika ikhlas...

Wednesday, July 6, 2011

Tak Pernah Dibuat Orang...


Apabila teringat cerita kakak saya tentang kerenah tetangganya, saya ketawa tak kering gusi. Apa tidaknya, adakah gigi palsu boleh dipinjam-pinjam.
Ceritanya begini;
Memandangkan sipemunya gigi palsu itu tidak memakai gigi palsu bawahnya, maka sitetangga tadi bercadang untuk meminjamnya. Alasannya, dia tidak sempat hendak buat gigi bagi menghadiri kenduri di KL. Kalau tidak bergigi, tidak nampak cantik dan susah hendak mengunyah nanti, macam barisan biji jagung yang tidak sempurna.

Saturday, July 2, 2011

Bila Batang Pancing Mula Di Hulur


Bila melihat ramainya rakyat Kelantan ke Stadium Bukit Jalil bagi meyaksikan perlawanan akhir bola sepak setiap kali melibatkan Pasukan Negeri Kelantan maka stadium bola pula diumpankan. Betulkah rakyat Kelantan kelaparan stadium? Yang ambo tahu royalti minyak yang dinginkan.Itupun kerana ia hak rakyat Kelantan. Jadi,
ambo syorkan molek jika BN umpankan dengan royalti minyak,"...bila BN berjaya memerintah Kelantan, esoknya royalti minyak bagi Kelantan akan diluluskan..." bukankah gah gitu bila BN berretorik.Itukan yang rakyat Kelantan tuntut?
Itulah petanda pilihanraya sudah semakin hampir...
Apa-apapun, bagi ambo, Kedaulatan Islam tetap menjadi pilihan.

Tuesday, June 28, 2011

Reti ke Tak?

Wahai Trio Datuk 'T',sedarkah kamu bahawa kita akan dibangkitkan di alam 'sana' dalam keadaan bertelanjang. Jadi usahlah telanjangkan orang lain lagi.

Pendapat Tidak Semestinya Betul atau Tidak

Seorang lelaki yang hampir bersara bersuara sambil berharap aku menyokong pendapatnya, "Apalah Ambiga ni...bla...bla...mahu huru-harakan negara"
"Ni...Bersih ni...apa la...bla...bla...nak hancurkan negara" di tangannya ada surat khabar Utusan Malaysia yang akupun sudah berbelas tahun tidak membeli dan tidak membacanya dengan sempurna. Matanya memandang ke arah aku.
Setelah puas dia merenung aku yang diam dari tadi, maka aku rasa perlu aku "bantunya". Lantas aku bersuara;
"Apa salahnya, dia mencari platform untuk menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir rakyat"
Sememangnya, aku sendiri tidak setuju kalau ada unsur-unsur yang boleh mengugat kekenteraman awam.
"Abang hentam Ambiga kerana kulit dia lain kot..? Cuba kalau macam abang...Cuba ...bla...bla..."
Lelaki itu terus diam. Aku berlalu...
Malas aku hendak berhujah tentang Perkara 10(1)(b)Perlembagaan Malaysia. Yang pada aku semua orang inginkan keamanan, ketenteraman dan juga KEADILAN dalam semua perkara. Biarlah rakyat berdemokrasi secara aman, pihak yang bertanggungjawab menjaga keamanan jaga keamanan. Biarlah saling hormat menghormati tanggungjawab masing-masing.

Monday, June 27, 2011

Letih...

Ada orang cepat letih...
ada pula tak pernah kenal erti letih...ya ke?
apa juga yang tak letih-letih...
apa lagi ya?

Wednesday, June 22, 2011

Peritnya Menikam Kalbu


Orang lain saya tidak tahu, tetapi saya jika melakukan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai suatu yang salah akan membebankan emosi saya. Berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan. Malah bertahun-tahun. Akan sentiasa merasa diri berdosa, mohon ampun pada Allah...tetapi kalau kesalahan pada manusia? Semakin sulit...
Walaupun begitu, sememangnya kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan tetapi kita boleh mengelak...Wallahu 'alam.

Saturday, June 18, 2011

Sekadar tanya...

Bila Kerajaan Kelantan memulau Utusan Malaysia,maka marah-marah para wartawan UM di Kelantan dengan bermacam-macam hujah. Itu bukan kerja depa ler...bla...bla...
Saya nak tanya,bila ada bebudak nakal yang suka mengganggu kenapa selalu orang tanya "anak saper tu?"

Sunday, June 12, 2011

Apa Ada Pada Kemenangan Jikalau...


Semasa 'berbojeng'semalam,si tukang gunting rambut cuba mengajak saya berborak. Situasi ini biasa semasa sesi gunting rambut bagi menghilangkan rasa lamanya mengunting rambut. Cuma yang silapnya topik ataupun isu yang dilontarkannya. Bukan selera saya.
"Kalahpun boleh cuti juga ya...?" Tukang Gunting cuba mengumpan saya.
"Emmm..." sahut saya
"Terengganu cuti juga ke? Tanyanya lagi pada saya.
"tak!"
"Tak nak ikut Kelantan ye...?"
Saya hanya diam...
Bagi saya, memang patut Terengganu menang...
Kenapa?
Pemain-pemain Kelantan daya saingnya kurang,begitu cepat berpuas hati dengan 1 gol. Selepas itu mula melengah-lengahkan masa. Sikap ini amat memalukan...
Apa yang lebih saya berbuku...kemenangan yang lepas dipolitikkan dengan mengusung piala ke DUN Galas ...

Wednesday, June 8, 2011

Rasmi...Tak Rasmi...


Rakyat yang tinggal di ceruk rantau, kampung manapun sekarang ni udah matang. Tahu yang mana tugas rasmi dan yang mana bukan tugas rasmi. Tahu yang mana masjid dan tahu yang mana surau. Tahu yang mana rombongan perarakan maulidurrasul dan tahu yang mana rombongan meminang. Wallahu 'alam.

Tuesday, May 24, 2011

Untuk Siapa ?


Jangan jadikan undang-undang atau peraturan yang dikuatkuasakan itu seperti sarang labah-labah. Yang kecil melintas terlekat, manakala yang besar melintas, rosak dan pecahlah ia.
Jika begitu, maka untuk siapa ia digubalkan?

Sunday, May 15, 2011

Apa Yang Dilihat...Apa Yang Didengar...


Minggu lepas, sempat saya membuka bicara dengan salah seorang anak saudara perempuan saya yang terkenal dengan 'komitmen' dan 'keteraturan hidupnya', usianya baru 10 tahun. Anak saudara saya ini sesuai sekiranya diberi peluang menjadi juri dalam setiap program realiti. Komennya pedas...
Apabila dia menceritakan tentang pencapaiannya di sekolah,saya mula memancing dengan pelbagai soalan mudah.
"Orang menjadi anak murid kesayangan guru matematik semasa Tahun Tiga dulu Pak Muda..." Beritahunya tanpa ditanya.
"Ye? kelasss..." saya mula men'jack'.
"Sal tahu ke yang abah Sal dulu selalu dapat nombor 1 dalam kelas?"
"Tak...abah tak cakap..."
"Sal tahu abah Sal dulu belajar kat luar negara?"
"Tahu...kat UK, orang tengok gambar abah masa main salji"
"Pak Muda?"
"Ya"
"Betul ke...abah cakap Ayahnik dulu belajar kat Amerika?" Soal Salsabila tiba-tiba tentang adik lelaki saya yang seorang lagi.
"Ya"
"Kat Amerika ada universiti ke?" Soalnya lagi. Dahinya dikerutkan.
"Kenapa?" Kini giliran saya pula menyoalnya.
"Amerikakan selalu perang jer..." protesnya...
Saya hanya terdiam dan tersenyum.

Tuesday, May 10, 2011

Pandi Kutty...!!!

Dulu saya pernah juga belajar sepatah dua bahasa tamil. Jadi tahulah macam mana nak ajak makan, nak tegur sapa.
Tanpa disangka-sangka, hari ini sepatah perkataan pula saya dapat ..."pandi kutty"

Wednesday, May 4, 2011

Mungkin Hanya Sekadar Retorik


Apabila terpapar dan heboh tentang pelbagai perkara yang dicanangkan sebagai isu.Maka masing-masing ghairah mengeluarkan pendapat dan pandangan kononnya atas kapasiti dan kepakaran masing-masing. Tokoh A kata putih, tokoh B kata hitam, Pak Leh kata manis, Pak Mud kat tawar, Mak Som kata cair, Kak Tom kata pekat dan bermacam-macam komen lagi. Namun, masalah dan isu masih berpanjangan dan tiada penyelesaiannya. Malahan semakin kusut masai.
Wallahu 'alam.

Wednesday, April 27, 2011

Tiadakah Sekelumit Sesal...?


Sesama muslim itu adalah bersaudara, jadi tergamakkah kita membuka keaiban orang lain demi keangkuhan dan kerakusan kita? Atau demi kelancaran dan kelicinan laluan kita mengejar kemewahan hidup?
Sungguhpun apa yg kita dedah dan hebohkan itu benar, kita tidak sepatutnya mengaibkannya sedemikian rupa. Ada kaedahnya bagi kita menolong saudara kita itu dari menghentikan perbuatannya itu.Seandainya segala pendedahan dan hebohan kita itu salah dan tidak betul, maka kita telah menfitnah saudara kita itu. Besar dosanya.
Teringat saya pada cerita seorang ustaz tentang kisah penumpang-penumpang bahtera Nabi Nuh. Kisah anjing yang langgar pesanan Nabi Nuh dan kisah kucing yang bercerita tentang perlakuan anjing itu, yang dikira sebagai membuka keaiban orang lain. Wallahu 'alam.

Saturday, April 23, 2011

Ingat 5 Perkara Sebelum Sampainya 5 Perkara : ...Hidup Sebelum Mati


Semalam, semasa saya baru pijak anak tangga pertama tangga panjang untuk ke atas bumbung rumah, saya didatangi oleh seorang bapa saudara saya (saya panggilnya Pak De. Pak De meminta saya menghubungi adik ipar saya bagi mendapatkan maklumat tentang ukuran panjang liang lahad yang akan disediakan bagi si mati, iaitu sepupu adik ipar saya. Pesan Pak De lagi, sakit si mati juga penggali kubur ingin tahu. Seperti yang terlintas di kepala saya, Pak De menghuraikan tanpa diminta, "Bukan apa...kalau sakit HIV tu...kuburnya akan digali jauh sedikit daripada kubur-kubur lain."
Saya teringat 23 tahun yang lalu semasa saya sedang "menadah kitab", hadirin diberitahu oleh Tok Guru berkenaan tentang sepatutnya ada pengasingan kubur-kubur orang-orang tidak solat dengan orang-orang yang solat. Labelkan pula, "Kawasan Perkuburan Orang-orang tidak solat"...
Sepatutnya, kita takut pada orang-orang Islam yang tidak solat macam kita takutkan HIV juga...wallahu 'alam.

Monday, April 11, 2011

Perihal Makan


Kerapkali kita dengar ungkapan sinis masyarakat kita, "pada masa susah asyik fikir pasal hendak MAKAN APA HARI INI,...apabila sudah senang sikit mula fikir hendak MAKAN DI MANA HARI INI,...haa...bila sudah duduk di atas, perut selalu kenyang...cuma nafsu yang tak reti-reti kenyang, mula berfikir hendak MAKAN SIAPA HARI INI..."
"Jadilah orang yang selalu bertaubat dan redha dengan setiap kurniaan Allah pada kita. Wallahu 'alam.

Wednesday, April 6, 2011

Bertopengkan manusia...


"Membujur lalu, melintang patah"...itulah agaknya politik manusia yang tak mahu mati dan tak sedar diri yang dirinya akan mati bila tiba masanya. Berpolitik "meyelak kain orang lain", berpolitik memijak dan meracun tikus orang lain. Manusia begini bukan sahaja zalim pada orang lain tetapi zalim pada diri sendiri. Kuasa Undi ada pada rakyat Malaysia...timbangkan dengan iman dan akal...wallahu 'alam.

Sunday, April 3, 2011

Semua Orang Tidak Sempurna...


Protes itu perlu bagi menyedarkan pihak yang bertanggungjawab akan masalah masyarakat yang perlu mereka fikirkan hasil daripada satu-satu keputusan mereka.Namun,protes itu biarlah betul dan bertempat jangan merelakan diambil kesempatan oleh tangan-tangan yang berkepentingan. Manusia yang tidak berakhlak bila terdesak sanggup 'makan kawan'...tanpa memikirkan kepentingan untuk orang lainwallahu 'alam.

Tuesday, March 29, 2011

Cakap Berderai-derai...Ekor Bergelumang Tahi...


"Asal buka mulut, celik mata buat dosa...", itulah yang bermain di fikiran saya bila mendengar siaran Kelantan FM dalam kereta tadi. Apa tidaknya, mulai Disember 1990 hingga kini asyik mengutuk Kerajaan Kelantan jer. Apa yang depa sebut "Kerajaan PAS Kelantan...", maknanya depa anggap Kerajaan Kelantan ni ada dua...satu Kerajaan PAS dan satu lagi tentulah kerajaan depa. bukan setakat tu...pi caghi responden-responden kononnya, ...kutuk sungguh-sungguh...Tapi saya tengok...banyak program dan idea-idea Kerajaan Kelantan yang depa ciplak...tiru...songlak...
Tengok Pajak gadai Islam, sistem perbankan Islam dan banyak lagi...Wallahu 'alam

Saturday, March 26, 2011

Apabila Nafsu Menguasai Diri...


Teringat pada zaman remaja saya dahulu (1979),seorang kakak minta tolong saya belikan dia sekotak tuala wanita. Sebelum penjual menyerahkan pada saya, dia bungkus dahulu kotak yang berisi tuala wanita itu dengan kertas surat khabar. Saya jadi hairan, mengapa begitu teliti sekali. Sedangkan benda itu sudah berada di dalam kotak. Itulah sikap orang-orang melayu pada masa dahulu. Kini, usahkan hendak bungkus malah cara memakaipun diajar melalui media. Tiada lagi sifat malu dan beradab. Bukan itu sahaja, tiada rasa bersalah dan berdosa menjaja serta mempengaruhi orang-orang lain supaya mempercayai cerita dan rakam video lucah mereka. Allah maha mengetahuinya. Wallahu 'alam.

Monday, March 21, 2011

Sepatutnya...bila DUN dah dibubarkan

Sepatutnya, bila DUN atau Dewan Parlimen bubar, tak de lagi gelaran dalam kerajaan yang diguna pakai oleh orang-orang politik (Menteri)dalam tempoh pembubaran itu. Tiada lagi kenderaan jabatan-jabatan kerajaan yang digunapakai untuk tujuan kempen-kempen pilihanraya. Sepatutnya ler...

Wednesday, March 16, 2011

Allah Tuhan Kita


Tiada daya upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah.Jadi kenapa masih lagi mengharap pada manusia? Segala musibah yang melanda tentunya bersebab.Segala kesenangan yang dinikmati semuanya kurniaan Allah. Allahu akbar...

Sunday, March 6, 2011

Ada Ketikanya

Semalam, anak saudara saya menyapa ketika saya baru balik dari kerja, "Hari ni kan hari mengundi...ya?
"Emmm...Pakmuda tak minat dah nak tahu..." sahut saya ringkas tetapi ikhlas.
Entah mengapa kini saya tidak ada selera hendak bercakap pasal politik kepartian ni. Sudah agak letih dan meluat dengan manusia politik.

Sunday, February 20, 2011

Hati Yang Berubah-ubah


Sikap setiap manusia memang berubah-ubah mengikut minat masing-masing. Adakalanya berubah kerana kepentingan peribadi dan ada juga yang berubah kerana cintakan Allah dan rasul.Maka perubahan kita, kita sendiri yang tahu kerana apa. Sebab tu kita diajar agar sentiasa berdoa pada Allah, "Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaku dan sentiasa mentaati-Mu"...wallahu 'alam

Monday, January 31, 2011

Berapa Banyak Islam?

Mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir kata "Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis". Pada zaman pentadbirannya dulu dia kata UMNO yang membawa "Islam Sebenar". Lepas tu. pada zaman Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula timbul "Islam Hadhari".
Setahu saya...Islam hanya satu, iaitu yang Nabi kita Muhammmad S.A.W bawa. Macam mana Tun fikir ini? Ingat lepas ni kena pohon belajar balik kat UUM sebab di situ ada satu tempat untuk mengkaji pemikiran Dr. Mahathir.
"Teringat ceramah TG. Datuk Nik Aziz Nik Mat dahulu....semua agama akan membawa agama masing-masing bila hendak berjumpa dengan Allah ta,ala...tapi...tapi agama Islam yang telah diiktiraf oleh Allah."
Islam hanya satu...Kalau warga tua lain yang telah bersara ingin mendalami agama, melipat gandakan amalan mulia, ibadat...lain pula dengan negarawan ini. Doa saya moga-moga Allah lindungi kita dan negarawan ini...tunjukkan jalan yang lurus...berikan hidayah-Nya.

Tuesday, January 25, 2011

Salahuddin Ayub dan Calon BN Tenang


Pengarah Pilihanraya Pas untuk DUN Tenang YB Salahuddin Ayub mempersoalkan pemilihan calon BN bagi DUN Tenang. Ini berikutan calon BN itu lalai dalam menjalankan tugas sebagai ADO apabila pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan punya tanah.
Bagi saya, tak payah soal itu memang merit partinya. Pengerusi Felda dan pengerusi Risda tentu setuju.

Wednesday, January 19, 2011

PM Yang Penyayang

PM telah membuktikan "rakyat didahulukan" apabila sanggup tidak menyambut cabaran Ketua Umum PR kerana khuatir DS Anwar Ibrahim yang juga diistilahkan sebagai salah seorang rakyat demam. Begitu penyayang PM kita.

Monday, January 17, 2011

Jangan Malukan Namanya...

TENANG...tiba-tiba suami kepada calon Parti Pakatan Rakyat yang bertanding di DUN itu diarah bertukar (walaupun ditarik balik setelah mendapat bantah)...sedangkan sebelum ini pegawai yang dikatakan terlibat dalam mengarahkan pertukaran dilaporkan turut berkempen untuk parti BN. Itulah yang dinamakan "Pitih didahulukan, Parti diutamakan".

Saturday, January 8, 2011

Uwwek...!!!


Sana-sini orang ramai asyik muntah-muntah. Uwwek sana...uwwek sini...
Seorang penarik beca bersuara perlahan,
"Sekarang ni ramai orang muntah ya...?"
Sapanya pada seorang penjual tembakau di kaki lima.
"Apa tak muntahnya...makanan yang dimakan semuanya basi...kotor..."
"Patutpun..." Sahut si penarik beca. Dia terbayang pada anak lelakinya, seorang peneroka Felda. Kemudian, dia teringat pada anak perempuannya yang bekerja di Selangor.
"Hmmm...." keluhnya panjang....
"Kenapa?" Tanya si penjual tembakau
"Dah tak ada makanan lain kot..." Jawabnya ringkas sambil menuntun becanya ke seberang jalan meninggalkan si penjual tembakau yang masih ternganga.

Tuesday, January 4, 2011

Apabila Ditepuk Dada dan Ditanya Selera


Tepuk dada tanya selera maka berlakulah perkara-perkara yang tidak selari dengan syariah Islam. Sepatutnya, apabila ditepuk dada tanyalah iman barulah percakapan, perbuatan tidak terpesong daripada akidah.Islam yang memerintah bukan diperintah...Allahu Akbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...