Monday, November 10, 2008

Lagi Ceritera Masjidku (yang kini digelar An-Nur)

An-Nur Tidak Setinggi Dahulu

Masih terbayang di padang lapangmu
waktu kanak-kanak dan remajaku
kami berlari-lari dengan berbagai ragam mainan
bola sepak, hoki, luncur papan, combat, bola pukul
dan ... kayanya riadah masa kanak-kanak

Di situlah kami...
bertemu dan bertukar cerita
Bahkan...
jarang-jarang tempat beradu fizikal
bila hati diluka...

Rebah bangun kami di sini
hanya An-Nur yang mengerti
kerana ia telah banyak menyaksikan
melalui CCTV nostalgia di minda kami

An-Nur kini telah ranap
Dek Pembangunan Modal Insan yang diharap
Walau diganti An-Nur yang gemerlap
An-Nur dahulu di hati tetap.

2 comments:

Dun Kelaboran said...

Semoga ingatan itu kan terus kekal abadi...

pokmudo said...

Insya-Allah, kerana di situlah bermulanya kehambaan kita kepada-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...