There was an error in this gadget

Monday, November 10, 2008

Di mana ingin ku mulakan...

Hampir setahun setengah Pok Mudo bertukar ke Jajahan (istilah 'Kerajaan Tempatan' Kelantan) kelahiran. Namun, rasanya tiada yang teristimewa. Cuma apa yang menggembirakan, tiap-tiap hari dapat jumpa bonda tercinta. Sakit pening bonda dapat dipikul bersama. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada tapi sekadar berkongsi rasa.

Teringin rasanya hendak aktif seperti remaja dahulu, berpersatuan dan bersukan. Namun, rasanya hanyalah fantasi yang bermain di gusi dan gigi.

Semua rakan sudah berkeluarga dan kebanyakannya berada di luar Kelantan. Apabila sudah berkeluarga, di fikiran masing-masing hanya ghairah bercerita tentang pulangan yang menguntungkan.

Kini, apa yang Pok Mudo fikirkan, apa yang hendak dimulakan? Di mana hendak mulakan?

7 comments:

cikli said...

cadangan....

mulakan di kebun enggong. setiap minggu....pasti puas hati. ko guano kanker?

pokmudo said...

Serigala tidak akan mengganggu insan yang berkumpulan. Jadi dimana boleh aku dapatkan partner yang istiqomah dalam kerja ni... sorang-sorang tak sia teman...

cikli said...

consider ketua umno cawangan kg gatal?

pokmudo said...

Yang tu... tekka maghi yenggak jak...tiada komitmen. Yang ada dalam palanya ...macam Mat sabu kata darah cap keris...

Anonymous said...

hihihi..... pagar dah burok. kena mulo balik dpd 0.

Peluang ada doh pokmudo. Nok istiqomah je. Petai buoh sokmo. Tp kalu nok "partner" lain kena panda2 cari ah... (tp mokmudo nok sain ker? :-)

CankerSaurus

pokmudo said...

Canker: Mokmudo 'understanding'

Jobex said...

Apasal dok wayak demo doh balik k.krai..nanti kito jupo bulan 12 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...