Sunday, November 16, 2008

Dari Buaian Hingga Liang Lahad


Kagum saya dengan komitmen yang ditunjukkan oleh salah seorang pakcik yang sudah bongkok dan berjalanpun terlalu perlahan. Agak-agak saya mungkin usianya sudah menjangkau lebih 90 tahun tapi semangat menuntut ilmunya mengalahkan orang-orang muda. Dia tekun menyimpan kitab-kitab yang baru habis di pelajari dan mencapai kitab yang akan dibaca dan disyarahkan sebentar lagi. Rata-rata pengunjung Masjid Pusat Pengajian Pondok ini menjadi 'orang yang kedua',iaitu orang yang menadah kitab (belajar). Sesi kuliah di sini saya lihat begitu padat, setiap lepas waktu solat ada kuliah dan di sini kita patut 'strikes while the iron is hot' .



Berbeza sewaktu saya menjadi 'mahasitua' di UUM dahulu, walaupun ada di kalangan kami yang sudah lanjut usianya tetapi mungkin matlamat menuntut ilmu itu jauh berbeza. Di sini, kebanyakan penuntut yang lanjut usia ikhlas dan 'targetnya' mendapat keredhaan Allah.



Pada awal tahun 80-an dahulu saya pernah mengunjungi Masjid ini, tetapi pada masa itu masjidnya tidaklah sehebat hari ini. Saya pernah mendengar kuliah yang disampaikan oleh pengasas pusat pengajian ini, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman. Hari ini, saya cukup gembira apabila anak saudara saya yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menyuarakan keinginannya untuk menghabiskan cuti sekolahnya dengan menuntut ilmu di sini. Sekurang-kurangnya, hasrat itu lahir dari keinginannya sendiri.



Keinginan saya kini timbul bagi menyambung semula jejak-jejak lampau untuk menuntut ilmu. Musoli, Hidayatu Sabiyan, Hikam, Baquratul Amani, Faridah, Aqidatul Najin, Minhajul Abidin, Riadhus Salihin dan lainnya, insya-Allah akan saya jelajahi. Ilmu perlu dicari dan digali bukan dia mencari. Teringat saya satu kisah di dalam buku Sejarah Melayu, yang mana Sultan Mahmud diminta supaya datang sendiri kepada seorang maulana apabila baginda ingin mengaji.

6 comments:

Cikli said...

alhamdulillah. mengaji sampai phD. Pondok Haji Drome.

Anonymous said...

alhamdulillah. sejuk ati bonda dan adik2. Tak payah berebut nok komat doh.

CankerSaurus

pokmudo said...

Hari ini, 18.11.2008 handsome boy maklong memulakan kehidupan di PHD.

rahza said...

ngaji lah sapa mati pokmuda weh...
ambo de juga ngaji di PHD Sungai Durian KK...

tcc said...

"menuntut ilmu WAJIB ke atas muslimin dan muslimat"

pokmudo said...

rahza & tcc: ngaji, ngaji jugak tapi iman kena penaik jugak, kena amalkan yang Allah suruh dan tinggal hok Dia larang. Jangan sekongkol dengan ore rasa dia lebih belaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...