There was an error in this gadget

Saturday, November 8, 2008

Salam Buat Jemaah Haji

Labbaikallahu malabbaik, labbaikalaa syariikala kalabbaik;

Selamat menunaikan ibadat haji kepada semua jemaah haji dari seluruh pelosok dunia. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan para jemaah dan semoga para jemaah mencapai haji mabrur, insya-Allah.

Alangkah bertuah dan indahnya menjadi tetamu Allah! Tambahan pula berada di tanah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan penuh keberkatan. Pasti para jemaah hilang rasa 'stress' dan kekalutan yang saban tahun meruntun jiwa. Apa yang pasti, peluang yang amat jarang boleh dinikmat oleh para muslim lain ini manfaatkanlah. Ada muslim yang dikekang oleh masalah kewangan, kesihatan, kuota dan berbagai lagi walaupun hati meronta-ronta untuk bersama muslim dari berbagai negara bagi menunaikan ibadat haji. Ekoran itu, ketaqwaan itu asas utama dalam ibadat dan hargailah 'Jemputan Illahi' ini. Allahu Akbar!

2 comments:

cikli said...

semoga kita semua mampu ke sana. InsyaAllah. Dalam tabung haji baru 2 angka ba.

pokmudo said...

Yang penting, ianya sentiasa di hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...