Wednesday, November 19, 2008

Gula-gula Getah


Selalunya, apabila seseorang itu sedang melayan gula-gula getah (chewing gum) di dalam mulutnya maka susah kita hendak menjangka bila akan berhenti kunyahannya itu. Asyik bergerak-gerak, berceriuk dan menelan liur. Senaman muka kononnya. Suka saya hendak kongsikan pengamatan saya kepada satu tabiat manusia seolah-olah tabiat gula-gula getah.


Gula-gula getah yang hadir dengan berbagai perisa dan berbagai bentuk menarik ramai penggemarnya. Begitulah juga dengan sesetengah orang yang hadir dengan berbagai profesion baik melalui politik, akademik, undang-undang, kemasyarakatan mahupun lain-lain bentuk penampilannya. Jikalau gula-gula getah yang berada di dalam mulut tidak pernah diam, begitulah manusia jenis ini sering ada strategi dan jalan, khususnya manusia politik yang bercita-cita tinggi melampaui kemampuannya. Semasa di dalam kumpulan inilah sering mengambil peluang walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan pemanis yang besar sebagaimana gula-gula getah yang masih di dalam mulut ligat dimamah dan disepahkan manisan.


Apabila dihumban keluar, masih mencari idea bagi mendapatkan pengaruh dan merosakkan alam sebagaimana gula-gula getah yang masih mampu melekat di setiap objek yang merapatinya seperti sepatu, seluar, baju, kaki dan sebagainya. Manusia seperti ini amat ramai kita temui, dengan alasan yang berbagai terus memburu populariti demi meraih sokongan untuk kepentingan diri dan duniawi.

7 comments:

Cikli said...

patutpun singapore ban coklat getah.

Cikli said...

here I am. stranded at klia. waiting for 9.50 pm flight to kk.
all flights to kk are fully booked.
school holiday....

CankerSaurus said...

teringat coklat kiki. kunyah2 pah wat belon bulih terbe.

Jobex said...

Serius jah demo ni...rilek aaa. Anggap ja macam pemanis mulut. Kadang2 boleh release tension!

pokmudo said...

Jobex: Rasulullah rileks & tenang dalam solat, dah kunyah Chewing gum tu jangan lempar kok ser..

Anonymous said...

Memang kadang2 benda baik tapi cara salah..salah jugak..chwing gum tu tak salah, tapi org yg make tu lepar koser...

pokmudo said...

Cikgu Jobex: Apa2 pun tu cuma kiasan sahaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...