There was an error in this gadget

Sunday, November 23, 2008

...bila nak balutnya?


Anak saudara saya yang ini memang banyak celotehnya. Apabila bercakap tidak pernah hendak jatuhnya, dan dia cuba menyakinkan orang lain akan hujahnya. Sikapnya ini lebih kurang ayahnya yang juga 'orang politik', bila bercakap kita sudah kenal parti mana duduk dia. Walaupun komitmennya menebal terhadap partinya tetapi cita-citanya tidak tinggi, hanya sekadar setahun sekali dapat menginap di hotel menjelang pemilihan kelompoknya sudah memadai.

Berbalik kepada anak lelakinya ini, katanya berkhatan ini tidak sakit hanya terasa semacam semut gigit di kaki sahaja. Tiada apa-apapun. Dia begitu bersemangat untuk berkhatan, menurut ibunya sehari sebelum khatan, dia main basikal puas-puas, nak makan itu ini puas-puas kerana bila khatan terpaksa berpantang sedikit katanya. Pada malamnya pula, dia tidak lena tidur, seronok hendak berkhatan. Semasa belum masuk khatan, ada seorang bertanya, "adik tidak gementar ke?" Jawabnya selamba, " Kat rumah tadi tak, tapi kat sini rasa juga sikit".

Yang lucunya, baru sahaja baring sudah tutup muka dengan kedua tangan sambil memekik, "eeeiii", terpaksalah dipujuk dari mula hingga selesai khatan. Yang bagusnya, mulutnya tidak putus berselawat dan berisytighfar. Kerapkali pula bertanya, "Sudah dah ke?" "Jahit dah ke?" "Bila nak balutnya?". Tubuh kecilnya mengigil dan sejuk. Semasa mudim sedang menjahit, perlahan dia bersuara, " rasa hendak kencing pula ni...". Semua gelak besar dan bersuara, "jangan buat hal...". Akhirnya berjaya juga dia melalui saat getir berkhatan. Umurnya baru 9 tahun, jadi kira berani juga le dia.

4 comments:

MokSU said...

dah sunat fahmi... tahniah la cepat nak bini tu.. he..he..

pokmudo said...

Mak dia kata 'nurun' ayahnik, aku kata jangan marah ka ayahnik... yang pasti nurun Ustaz Mat Hadori butir2.

Anonymous said...

Mak dia doa tu supaya nurun ayahnik... ye la.. lebih hensem dari shah Rukh Khan sapa tak nak? huhuhu

CankerSaurus

pokmudo said...

Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...