Saturday, January 31, 2009

Kera Tali Pendek


Semasa berkursus pada tahun 2004, seorang penceramah yang juga merupakan seorang anak Kelantan sering membuat lawak tentang masyarakat Kelantan. Bagi menjamin lawaknya itu mampu membuat para peserta ketawa maka seringkali direkaceritakan tentang kepandiran. Kekerapan penceramah membuat lawak versi Kelantan itu membuka peluang kepada seorang peserta yang juga seorang pegawai tentera memberikan pandangannya tentang 'Orang Kelantan'.

Katanya;

"Orang Kelantan ni macam 'kera tali pendek', maknanya bila berkhidmat atau bekerja selalu ingin berkhidmat atau bekerja dekat dengan rumah je"

Saya tidak hendak komen pandangannya kerana rata-rata sudah tahu ketidak tepatan telahannya itu. Tapi saya cuma hendak beritahu bahawa kerana tali pendeklah maka rakyat Kelantan ada rasa cintakan agama,bangsa dan negara. Buktinya, bila tiba musim pemilihan pucuk peneraju negeri dan negara maka majoritinya akan balik mengundi di kampung halaman bagi memastikan kepemimpinan yang benar-benar ikhlas mendapat mandat rakyat, insya-Allah.

Kerana bertali pendeklah, rakyat Kelantan sentiasa peka terhadap ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai. Buktinya, bila ada cuti walaupun tiga hari ramai yang kembali ke kampung, jumpa ibu bapa,buat pelbagai kenduri, jumpa sahabat lama dan bermacam lagi.

Kerana talinya pendeklah juga, ramai anak Kelantan sering ditempatkan/ditukarkan ke Malaysia Timur.

Apa yang penting, kita sedar tentang asal usul kita.

Wednesday, January 28, 2009

Alkisah Pakatan






















Sepakat Menumbang , sepakat melapah, sepakat mengagih, sepakat meratah. Jadi bolehlah sepakat ke arah Pakatan Rakyat.

Ya, pakat-pakat jalan elok-elok ke Pakatan, tak perlu terlompat-lompat, terloncat-loncat.

.

Latah Melatah

Apabila ADUN Bota isytihar keluar UMNO dan menyertai PKR, banyaklah latah dan seranah daripada pemimpin-pemimpin parti lamanya. Penipu rakyat, khianat amanah rakyat dan berbagai label lagi diberikan. Ada yang menganggap beliau ditawarkan dengan berbagai jawatan.

Yang peliknya, semasa dua orang ADUN Semangat 46 khianati amanah rakyat dengan menyertai UMNO dahulu tiada pula latahnya. Tiada pula label-label yang dicanang dan digantungkan ke lehernya. Kaum jenis apabila masuk poketnya diam aje, tetapi apabila keluar dari poketnya walaupun sekupang bising berpanjangan, biasanya dari keturunan mana? Keturunan ini rasanya keturunan yang tidak ingatkan mati, maka amalan untuk ganjaran 'di sana' diketepikan. Malah 'Sajak Kematian' pun mereka takut.

Arah Mana Kiblat Kita?

Sememangnya politikus yang mendominasikan arah tuju sesebuah negara. Apabila Presiden Amerika Syarikat Barrack Hussien Obama mengangkat sumpah, berbagai respon yang kita dapat lihat terutamanya dari negara jiran. Berbagai harapan disandarkan kepada Presiden AS yang baru itu, hatta warga emas dari masyarakat kampung di Malaysia ini juga turut memperkatakan tentangnya. Mengapa begitu? Superman, Ultraman, Flashman,Spiderman atau The Six Million Dollar Mankah Obama?

Sikap masyarakat kita yang terlalu mengharapkan dan mengagungkan golongan luar perlu dihadkan, sudahlah dengan undang-undang luar kita anuti dan amalkan. Kita lebih yakin dan percaya kepada bawaan Barat. Sampai bila ye? Agak saya mungkin kerana negara barat itu maju maka kita merasa maju bila berkiblatkan mereka. Atau kerana tiada saingan daripada negara kita sendiri yang mana boleh menandingi negara barat. Atau...

Tuesday, January 27, 2009

Sambal Pijat











Setiap negara,negeri malahan daerah terpencil masing-masing mempunyai identiti tersendiri dalam menambah kuantiti kepelbagaian masakan. Mungkin ramai juga yang belum pernah mendengar apatah lagi merasa 'Sambal Pijat'. Pijat memang dikenali sebagai serangga yang selalu berada di badan lembu atau di dalam telinga malahan turut berada di cuping dalam telinga manusia. Tetapi sambal ini diberikan nama 'Sambal Pijat' kerana menurut orang-orang tua disebabkan baunya semacam pijat.


Sebenarnya, ramuan sambal ini terdiri daripada cili, isi ikan (kekadang tidak dimasukkan) dan ubi atau akar pokok pijat. Ianya ditumbuk dan dijadikan sambal. Sambal ini tersohor di daerah Jeli, Kelantan. Sayapun baru mendengarnya tahun lepas semasa menghadiri satu jamuan di daerah ini. Apa-apapun cuba lah. Saya difahamkan, pokok pijat ini selain dimasukkan ke dalam sambal, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masak tempoyak ikan patin, sup dan lain-lain lagi. Aromanya ..... cuba lah sendiri.

Saturday, January 24, 2009

Apa Persepsi Anda?


"Nampak je macam tu, tapi hati baik"...

"Mulutnya je laser tapi hati baik"...

"Pakaiannya je macam tu tapi hati baik"...

dan macam-macam ayat lagi yang melarang kita membuat persepsi dari pandangan pertama atau luaran sahaja.

Betulkah telahan itu?

Doa Ada Tertibnya


Semua orang berdoa untuk kesejahteraan, khususnya penduduk Gaza. Bermula daripada sekecil-kecil sehingga kepada yang sebesar-besar manusia. Daripada peringkat umur belum akil baligh sehingga kepada yang sudah 'senja'. Doa....doa... dan menyeru orang lain berdoa. Kita mengharapkan redha-Nya tetapi kita engkar perintahnya. Seru semua orang berdoa tetapi aurat kita tidak dijaga. Sekurang-kurangnya pakailah tudung, kebanyakan artis yang seksi-seksi dahulupun telah bertutup kepala sekarang sedangkan mereka masih muda dan masih menawan tetapi kesedaran mereka terhadap tuntutan serta hukum mengatasi segalanya. Penyeru supaya kita semua berdoa ini patut mengambil contoh ini. Umurpun tidaklah muda lagi dan sama-samalah kita bergerak ke arah memartabatkan Hukum Allah.

Tuesday, January 20, 2009

Jangan Hanya Beretorik


Pusing kanan, pusing kiri, dongak ke atas dan tunduk ke bawah semua bercerita tentang harga keperluan harian yang semakin mahal. Naik...naik... tidak turun. Bulan lepas harga lain, bulan ini harga lain yang semakin tinggi. Kicap, biskut dan apa-apa lagi naik. Akhbar hari ini melaporkan yang harga gula akan dinaikkan bulan hadapan, selepas Tahun Baru Cina. Naik lagi!


Rungut seorang lelaki semasa di Kedai Gunting, "Hai, KPDN & HEP buat kerja apa, barang makin sehari makin naik, mana janji nak bela rakyat?"


Pak Mat, Mak Timah, Pak Soh, Pak Sin, Kak yah dan berbagai nama lagi yang membanting tulang empat kerat, mencurah keringat dengan pulangan yang tidak menentu, yang kemudian diagih-agihkan untuk makanan harian, keperluan anak-anak sekolah dan berbagai keperluan lagi, macam mana agaknya? Apa peranan yang diambil dan dimainkan oleh 'Majlis' yang dibiayai oleh rakyat dan diwujudkan untuk mengawal harga dalam isu ini.


Harga minyak turun macam 'gajah turun minyak' mengamuk dan meranapkan berbagai tanaman, rumah kediaman yang merugikan. Malahan turut memijak manusia.


Parlimen Malaysia sepatutnya memanggil Sidang Khas bagi membincangkan harga barang yang tidak reti-reti hendak turun ini. Bila ini dilakukan baharulah nampak prihatinnya kepada rakyat yang makan nasi dengan beras kelas rendah.

Monday, January 19, 2009

Satu Badankah Kita?


Rata-rata insan yang berhati manusia tanpa mengira anutan agama merasa teramat duka dan nestapa mengenangkan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin. Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, khususnya di Gaza amat dirasai. Namun, apa yang mampu dilakukan oleh kita sebagai umat Islam yang serba kekurangan dan berada jauh di pelusuk dunia hanya menangis,berdoa meminta pertolongan Allah dan menderma kepada tabung-tabung yang diwujudkan khusus untuk Gaza. Malahan ada usaha untuk memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel dan sekutunya.

Walaupun kemampuan kita dalam isu ini terlalu terbatas, apa yang penting komitmen dan iltizam kita sebagai manusia yang bermaruah, bonusnya pula sebagai seorang muslim. Kita diumpamakan sebagai satu badan dan tidak akan membiarkan walaupun sekelumit juzuk tubuh kita dihinggapi penyakit atau luka yang mana jika dibiarkan akan turut memudharatkan bahagian-bahagian yang lain. Bahkan akan lebih parah lagi.

Itu berkenaan isu di Gaza, di Malaysia pula sepatutnya jikalau ada pihak yang ingin mendaulatkan Islam, khususnya perundangan maka sewajibnya kita sepakat turut membantu supaya ianya dapat dilaksanakan.

Sunday, January 18, 2009

Antara Anak dan Isteri

Pepatah Melayu ada menyebut;

"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Pada dasarnya, UMNO sebuah parti melayu boleh jadi dia mengamalkan pepatah di atas. Maka sebab itu dia sentiasa melempang-lempangkan negeri-negeri yang diperintah Parti Pembangkang. Negeri Kelantan sudah kalis dengan lempangannya, macam kata Tok Guru, kaki kalau sudah kematu maka berjalan tanpa sepatupun tiada rasa sakit. Begitu juga dengan tunggul pagar daripada pokok hidup, kalau setiap hari dicantuk maka lama-kelamaan kematu dia. Kini, yang teruk dibelasah Kerajaan Negeri Perak. Kerajaan Negeri Selangor ditangan-tangankan pun tidaklah sekerap Kerajaan Negeri Perak. Mungkin UMNO menganggap Kerajaan Negeri yang diperintah partinya adalah isterinya kerana tidak 'ditangankan'.

Saturday, January 17, 2009

Satu Lagi Tanggungjawab


Tahniah untuk Ahli Parlimen PAS yang baru, YB Mohd Abdul Wahid Endut. Majoriti yang dimenangi beliau sebanyak 2,631 undi boleh dianggap amat cemerlang berbanding majoriti kemenangan BN pada PRU13 yang lalu.

Apa-apapun, kemenangan itu adalah amanah rakyat dan mesti dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Allahu akbar...

Solatku, Amalku,Hidupku dan Matiku Hanya Untuk Allah


Al-Fatihah buat arwah sepupuku dan salam takziah buat ahli keluarganya. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Jumaat 15 Januari 2009 akibat terjatuh daripada motorsikal. Arwah meninggal pada usianya hampir menjangkau 52 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak dan paling bongsu berusia 5 tahun. Isteri arwah telah dahulu meninggal dunia lebih kurang 3 tahun lalu. Tinggallah anak-anak arwah yatim piatu dan arwah sememangnya seorang yang ringan tulang dan peramah, maka kerana itulah arwah sentiasa disenangi ramai.

Setinggi-tinggi penghargaan Pak Muda kepada Penyelia DUN Guchil, Saudara Fauzi 'Ikan' yang Pak Muda lihat terlalu mengambil berat bermula di Unit Kecemasan sehingga arwah dikebumikan, bahkan berterusan sumbangan tenaga dan wang ringgitnya. Inilah pemimpin contoh yang begitu prihatin dan turut merasa kesusahan orang lain. Dahulu semasa di perantauan Pak Muda hanya mendengar namanya sahaja disebut orang ramai tetapi kini Pak Muda rasa bertuah dapat berkenalan dan melihat sendiri kebaikan budi pekerti dan akhlak beliau. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Amin.

Tuesday, January 13, 2009

Peti Keramat @ Peti Rahsia

Sehingga hari ini rupa-rupanya tidak habis lagi orang membuka peti rahsia (6 kotak dokumen-dokumen rahsia). Kalau mulai tahun 1998 dahulu peti rahsia itu dijadikan modal atau aset untuk menyerang Bekas Perdana Menteri yang ke-4, tetapi sekarang peti rahsia itu dijadikan aset untuk menyerang Ketua Pembangkang di Parlimen sekarang. Ala-ala cerita shaolin cina yang berebut peti keramat. Yang penting, di Negeri Terengganu banyak terdapat 'batang keramat' (cakoi atau pak tongkol kata orang Kedah). Jadi gunakanlah 'batang keramat' untuk merubah keadaan semasa PRK nanti. Apa-apapun saya cadangkan serahkan 'Peti Keramat @ Peti Rahsia' itu kepada Muzium di Losong dan jadikan khazanah untuk tatapan anak cucu di belakang hari.
"SELAMAT MENGUNDI ..."

Monday, January 12, 2009

Menari Di Padang Yang Tidak Rata

Gelangggang PRU tidak rata, masakan pula PRK. Jikalau dinisbahkan kepada makanan, apabila sudah kekenyangan dan dipaksa makan lagi maka termuntah. Senario begini boleh dilihat pada PRK P36 Kuala Terengganu. Lambakan projek-projek seolah-olah peluru yang dilontarkan oleh musuh. Akhbar semalam melaporkan tentang komen Timbalan Presiden PAS tentang perjalanan kempen jentera BN di PRK P36 Kuala Terengganu.

Secara mudahnya, jikalau sesebuah kawasan tidak/lambat membangun, kurang/tiada prasarana yang amat diperlukan maka ikhtiarkanlah supaya PRK dapat diadakan. Maka, sudah tentu berbagai projek dilambakkkan. Wallahu 'alam.

Sunday, January 11, 2009

Semangat Kerjasama Di Kalangan Kanak-kanak




Diberitakan, hari ke-4 persekolahan, putera Pok Muda yang baru masuk Tahun Satu hilang dompet. Apa lagi, senjata utamanya...huhh...huhhh.. Kalut rakan-rakan sekelas cari merata-rata. Seorang sepupunya Tahun 4 kebetulan melintas dan diberitahu kehilangan itu turut kalut membantu. Nasib baik kakaknya di Tahun Tiga yang berada di Aras Tiga, Bangunan yang sama tidak dipanggil memberi bantuan.


Atas maklumat dan kerjasama semua pihak, akhirnya dompet yang mengandungi RM1.30 itu berjaya ditemui di Kantin Sekolah. Dia lupa masuk kocek semasa sarapan pada waktu rehat. Umminya ketawa besar apabila diberitahu puteranya tentang 'Ops Dompet' sewaktu di sekolah dan berkongsi cerita itu pula dengan Pok Muda.

Wednesday, January 7, 2009

Adakalanya Diam Itu Penyelesai Masalah

Kadangkala terlalu kerap bertanya disalahertikan oleh orang yang ditanya, malah boleh menyebabkan orang yang ditanya berasa jemu, boring,muak, menyampah dan naik marah. Situasi ini memerlukan kita banyak berdiam dan bersabar. Kalau ada persoalan-persoalan yang rasa-rasanya ingin ditanya maka bersabarlah… jangan gelojoh menanya kerana itu lebih baik. Walaupun pertanyaan-pertanyaan itu sebenarnya melambangkan sikap ambil berat atau peka individu terhadap individu yang lain, namum adakalanya ia mengundang ketidak selesaan orang yang ditanya.
Secara mudahnya, adakalanya berdiam diri itu dapat menyelesaikan situasi tegang yang merimaskan.

Tuesday, January 6, 2009

SAPAAN BERACUN


Penghujung Julai 2002 semasa saya bertugas di Kuantan, saya didatangi oleh seorang lelaki yang saya tidak kenali tetapi dia begitu ramah sambil menegur

“Demo tak kenal kawe ke?”

Saya kehairanan sambil mengamatinya, sah memang saya tidak pernah jumpa dan apatah lagi mengenalinya. Kebetulan saya baru sahaja kembali bertugas setelah bercuti kerana kematian bapa saya, jadi saya menyangka tentu dia salah seorang saudara-mara yang datang melawat sewaktu bapa meninggal dan mungkin saya tidak perasan tentang kehadirannya. Telahan saya, mungkin dia datang kerana diberitahu akan saya berada di Kuantan dan mungkin untuk mempertautkan tali persaudaraan.

“Demo anak ### yang dok di @@@?” Teka saya bagi memurnikan suasana.
“Ya le” balasnya menyakinkan.
“Jadi, demo gi rumah kawe masa Chik kawe mati?” Teka saya lagi.
“Ho le, kawe la tu…”

Dia kemudian cuba mengalih perbualan;

“Sebenarnya lagu ni, kereta kawe budak kawe bawak, eksiden tadi. Jadi tak cukup 95 rial lagi nak jelasnya…”

“Kawe kije di JPJ Maran, 2,3 ari lagi kawe bayar la…” sambungnya lagi.

Tanpa banyak soal saya hulurkan padanya RM100 dan dia pulangkan RM5. Hairan juga saya, kenapa pulangkan RM5, ambil sahaja RM100.

Seminggu kemudiannya, saya rasa memang sah saya ditipu.
Jadikanlah ini sebagai satu pengalaman yang boleh dijadikan indikator dalam pergaulan yang melibatkan orang-orang yang tidak dikenali.

Monday, January 5, 2009

Hijrah Bergantung Kepada Niat Kita

Fuhh! penat ada sikit lagi. Hujung dan awal tahun biasalah tu, macam-macam kena urus dan tambahan pula tubuh tidak berapa sihat. Minggu lalu, seorang khatib yang juga seorang penasihat Pusat Pengajian Islam secara "Pondok" meluahkan rasa terkilan beliau semasa berada di Tanah Suci Makkah.

Menurutnya, pada umat Islam kini istilah Haji telah dipelbagaikan, di antaranya "Haji Segera" dan "Haji VVIP". Teringat saya yang isteri saya pernah memberitahu tentang cerita yang dibacanya di dalam sebuah akhbar harian. Ceritanya mengenai pengalaman mengerjakan ibadat Haji yang diceritakan sendiri oleh Datuk Haji Misbun Datuk Sidek yang memilih untuk menggunakan pakej murah, yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan. Niatnya bagi merasai sendiri keperitan yang terpaksa dialami oleh kebanyakan bakal-bakal Haji. Sebaliknya, beliau meminta disediakan macam-macam termasuk selimut yang tebal.

Laporan atau cerita ini memberitahu kita yang wujudnya perbezaan dan klasifikasi pada ibadat Haji mengikut selera manusia. Inilah yang didakwa oleh khatib tadi sebagai telah melencong daripada ibadat Haji yang disarankan Baginda S.A.W.

Khatib itu juga menceritakan tentang sikap segelintir para jemaah semasa di Padang Arafat yang lebih gemar menunggu sambil merokok. Jadi, apa maknanya ibadat kita yang terpaksa menelan perbelanjaan yang besar, masa yang lama, tenaga yang banyak dan sebagainya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...