There was an error in this gadget

Saturday, November 15, 2008

Berhati-hati Atau ...

Setiap kali isu berhubung dengan kahwin cerai didakwa di mahkamah maka timbul pasal perkahwinan di Yala, Thailand. Bermula daripada individu yang berada di peringkat bawahan sehinggalah kepada individu yang berada di peringkat atasan. Mengapa orang Islam kita lebih cenderung berkahwin di Thailand? Tentu jawapan yang diterima, "mudah".

Sukarkah urusan perkahwinan yang akan dilangsungkan di negara kita sendiri? Masing-masing sudah ada jawapan dan alasan-alasan sendiri. Apa-apapun pihak yang bertanggungjawab dalam urusan ini tentulah Majlis Agama Islam. Saya tidak ada pengalaman dalam urusan perkahwinan di Selatan Thailand ini tetapi saya musykil mengapa ramai orang kita berkahwin di sana. Terdetik di fikiran saya, mungkinkah urusannya terlalu mudah dan penerimaan untuk mendaftarkan perkahwinan itu semula di pejabat-pejabat agama di Tanahair juga mudah? Saya bukan apa, sekadar turut simpati dengan nasib kaum wanita yang sering dieksploitasi dan dijadikan timba bagi mendapatkan air di perigi.

Terbaru, kita baca kisah seorang wanita yang dikatakan bersuami dua yang berlaku di Kampung Bukit Rawa, Sedim, Baling. Wanita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar tertekan apabila hakim Syarie memerintahkannya supaya berpisah dengan suami kedua, yang mana mereka telah mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Perkara ini berbangkit apabila Mahkamah menerima Permohonan Rayuan bagi Mufaraqah daripada suami pertamanya, yang mana mereka mempunyai enam orang anak. Mereka dilaporkan telah bercerai sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1996 dan 1997. Wanita ini dilaporkan berkata dia tidak setuju untuk rujuk semula pada kali kedua. Setelah digantung tidak bertali selama lapan tahun, dan setelah dia berurusan di Pejabat Agama Baling dan dilaporkan diberitahu oleh pihak Pejabat Agama Baling yang dokumennya hilang semasa banjir, dia mengambil keputusan berkahwin di Yala, Thailand. Akibatnya, kini dia didakwa mempunyai dua suami.

Kisah seumpama ini bukan kali ini kita dengar tetapi sudah lebih dari satu. Apa yang Pok Muda ingin utarakan adalah peranan pihak berwajib, khususnya yang bersangkutan dengan agama. Mengapa kerap kali apabila bersangkutan dengan agama ianya terlalu perlahan. Adakah kerana terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan? Umpamanya, kisah Arifin Mohamad (Ayah Pin) yang sesat lagi menyesatkan tidak dapat ditangkap kerana menurut pihak Polis, mereka tidak boleh bertindak tanpa arahan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama islam Terengganu (JHEAT). Kelewatan bertindak itu telah membuka peluang yang luas kepada kemungkaran. Wallahu 'alam.

3 comments:

cikli said...

nikah cerai ni kena tanya empunya diri. kalu hak jate kata ya, ya la.

MokSU said...

itu la masalah ore keja kat jabat banyak yang dok main games (daun terup tu..) tu berlaku depan mata sendiri masa gi ambik surat nikah moksu dulu.., loni pun kat jabat sekolah sama gak..
lu fikir la sendiri...

pokmudo said...

keje apa2pun, hak pentingnya amanah, ke guano ustazah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...