Tuesday, May 24, 2011

Untuk Siapa ?


Jangan jadikan undang-undang atau peraturan yang dikuatkuasakan itu seperti sarang labah-labah. Yang kecil melintas terlekat, manakala yang besar melintas, rosak dan pecahlah ia.
Jika begitu, maka untuk siapa ia digubalkan?

Sunday, May 15, 2011

Apa Yang Dilihat...Apa Yang Didengar...


Minggu lepas, sempat saya membuka bicara dengan salah seorang anak saudara perempuan saya yang terkenal dengan 'komitmen' dan 'keteraturan hidupnya', usianya baru 10 tahun. Anak saudara saya ini sesuai sekiranya diberi peluang menjadi juri dalam setiap program realiti. Komennya pedas...
Apabila dia menceritakan tentang pencapaiannya di sekolah,saya mula memancing dengan pelbagai soalan mudah.
"Orang menjadi anak murid kesayangan guru matematik semasa Tahun Tiga dulu Pak Muda..." Beritahunya tanpa ditanya.
"Ye? kelasss..." saya mula men'jack'.
"Sal tahu ke yang abah Sal dulu selalu dapat nombor 1 dalam kelas?"
"Tak...abah tak cakap..."
"Sal tahu abah Sal dulu belajar kat luar negara?"
"Tahu...kat UK, orang tengok gambar abah masa main salji"
"Pak Muda?"
"Ya"
"Betul ke...abah cakap Ayahnik dulu belajar kat Amerika?" Soal Salsabila tiba-tiba tentang adik lelaki saya yang seorang lagi.
"Ya"
"Kat Amerika ada universiti ke?" Soalnya lagi. Dahinya dikerutkan.
"Kenapa?" Kini giliran saya pula menyoalnya.
"Amerikakan selalu perang jer..." protesnya...
Saya hanya terdiam dan tersenyum.

Tuesday, May 10, 2011

Pandi Kutty...!!!

Dulu saya pernah juga belajar sepatah dua bahasa tamil. Jadi tahulah macam mana nak ajak makan, nak tegur sapa.
Tanpa disangka-sangka, hari ini sepatah perkataan pula saya dapat ..."pandi kutty"

Wednesday, May 4, 2011

Mungkin Hanya Sekadar Retorik


Apabila terpapar dan heboh tentang pelbagai perkara yang dicanangkan sebagai isu.Maka masing-masing ghairah mengeluarkan pendapat dan pandangan kononnya atas kapasiti dan kepakaran masing-masing. Tokoh A kata putih, tokoh B kata hitam, Pak Leh kata manis, Pak Mud kat tawar, Mak Som kata cair, Kak Tom kata pekat dan bermacam-macam komen lagi. Namun, masalah dan isu masih berpanjangan dan tiada penyelesaiannya. Malahan semakin kusut masai.
Wallahu 'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...