Wednesday, November 12, 2008

Bulan Debaran

Bulan ini banyak debarannya buat manusia, apa tidaknya; yang akan menempuh alam remaja akan melalui satu 'check point' penting dan tentu mengigilkan segala sendi, iaitu berkhatan. Bagi yang remaja debaran kerana memasuki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Manakala debaran orang-orang muda menunggu hari untuk diijab kabulkan.

Bagi penghuni-penghuni kediaman yang sering dilanda banjir juga tidak berapa lena tidurnya. Dan, ada lagi satu debaran, iaitu bagi pemimpin-pemimpin politik yang bertarung menjelang pemilihan pucuk pimpinan mereka. Habis pelbagai strategi diatur dan disimbah. Sungguhpun debaran ini frekuensinya berlainan namun hakikatnya itulah fitrah manusia takut pada masa hadapan yang belum pasti.

4 comments:

MokSU said...

Debaran pokmuda apa dio?

Cikli said...

anak sedara 2 orang spm tu. rm50 for every A. offer offer.....bayar ansuran.

Anonymous said...

pokmudo debar pasal hasha setahun lebih doh mokmudo buleh semaye sokmo hihihi...

CankerSaurus

pokmudo said...

Moksu & Canker: Debar pasal hasya dok kekah ibu kaki.

Cikli: Joh ngasuh dia tak dak ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...