Ramai betul orang nak bersumpah sekarang ni untuk bersihkan nama. Walhal setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali kita bersumpah di hadapan Allah, itu untuk bersihkan hati bukan nama. Setiap permulaan solat kita berikrar...tapi "tepuk dada tanya diri sendiri sejauh mana patuhnya kita..."
Kadangkala naik menyampah dengan sikap cabar mencabar suruh sumpah bagi membuktikan siapa yang betul...alahai...
Pahit Itu Ubat
Berkongsi yang fana untuk yang baqa
Tuesday, December 20, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Bila Lebihkan Dunia...
Pada saya, adanya orang yang sanggup mengarah, melakon dan apa-apa kaitannya dengan penghinaan terhadap hukum hudud kerana sikap orang yang mengaku Islam itu sendiri. Malahan sikap orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan hal ehwal agama Islam itu sendiri.Mengapa dalam isu lain kita lantang mengkritik dan mendesak? Tetapi tidak dalam hudud? Tepuk dada, tanya iman. Wallahu 'alam.
Wednesday, October 19, 2011
Baling Batu Sembunyi Tangan

Tidak habis-habis dengan cerita menganiaya orang lain. Belumpun selesai dengan kes DSAI, timbul pula cerita Mat Sabu, belum reda isu itu, bangkit pula isu hudud. Belum sejuk isu itu bakar pula tentang kenyataan Prof. Dr. Aziz Bari. Belumpun seleasai isu ini bangkit pula isu anak KM PP. Yang jelas, semuanya ada agenda tersembunyi.
Analoginya, jikalau ada sekumpulan orang yang tersangat nakal dan selalu menganiaya orang lain di dalam sesebuah kampung maka jikalau terjadi sesuatu yang memang terang-terang dilakukan oleh manusia, logiknyalah masyarakat akan menuding tangan kepada kumpulan tersebut. Teringat saya pada awal tahun 80-an dahulu, semasa kami meraba-raba di dalam kegelapan malam mencari tempat duduk bagi mendengar ceramah anjuran Pas, sekonyong-konyong seorang sahabat yang sekarang sudah kembali ke rahmatullah bertempik;
"Cis! menatang U**O mana berak sini nih..." Sambil menggesel-gesel selipar jepunnya ke batu.
Rupa-rupanya, dia terpijak najis manusia.
Wednesday, October 12, 2011
...berbanding negara jiran...
Ungkapan yang selalu kita dengar bahkan udah naik muak..."...lebih murah berbanding negara jiran...", " ...lebih rendah berbanding negara jiran..." ntah apa-apa lagi...
Sunday, September 25, 2011
Hudud itu Amanah Allah
Pada saya, hudud itu bukan satu isu tetapi amanah daripada Allah untuk hamba-Nya. Jadi, tidak timbul hudud Pas atau Umno. Setiap pemerintah semestinya berkewajipan melaksanakannya. Hendak atau tidak sahaja.
Rata-rata pemimpin Umno berhujah yang masa sekarang tidak sesuai. Jadi kalau hendak masa yang sesuai rasanya apabila Pakatan memerintah kot. Wallahu 'alam
.
Saturday, September 10, 2011
Betulkah negara kita tak pernah dijajah?

Selepas status pejuang tanah air Mat Indera dipertikaikan dan diketengahkan maka bermacam-macam lontaran pendapat di hamburkan. Yang baru kita ketahui adalah pendapat beberapa orang sejarahwan tanah air, iaitu "negara kita tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi".
Apa yang saya tahu selama ini,apa yang saya baca dalam buku-buku sejarah adalah penjajahan tanah melayu. Jika kita tidak pernah dijajah maka mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara setiap tahun?
Selama 54 tahun selepas 31 Ogos 1957, mengapa baru sekarang tokoh-tokoh sejarah baru memberitahu bahawa negara kita sebenarnya dinaungi bukan dijajah?
Wallahu 'alam.
Wednesday, September 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
