Tuesday, November 11, 2008

Rujuklah Kepada Manualnya

Pagi ini semasa memandu ke pejabat, radio IKIM fm membuka ruang kepada pendengar bagi membicarakan tentang topik "keselamatan di tempat kerja" ekoran kes pembunuhan seorang Pembantu Penguatkuasa Hal Ehwal Agama Islam yang bekerja sambilan di stesen minyak. Takziah kepada keluarga Allaharyam dan kita turut bersimpati yang mana anak-anak arwah seramai enam orang masih kecil lagi.

Sudah menjadi trend pemimpin dan masyarakat kita barangkali, sekali tragedi menyayat hati, sekali membuat mesyuarat, memberi cadangan peraturan, meminta cadangan dan berbakul-bakul cadangan serta rungutan dikutip dan disimpan. Selepas itu, kembali kepada biasa. Begitulah selanjutnya, bak kata pepatah melayu "hangat-hangat tahi ayam".

Apa-apapun, perkara pokok yang wajib dilakukan oleh kepemimpinan negara ialah kembalilah kepada Undang-undang Allah. Sesebuah syarikat pengeluar kereta tidak akan mengeluarkan kereta tanpa manual mengenai cara-cara penggunaan, penjagaan dan penyelenggaraannya. Begitulah juga dengan manusia dan makhluk lainnya diciptakan Allah dengan manualnya sekali, iaitu Al-Quran. Jadi, jika makhluk itu rosak sama ada aqidahnya, otaknya, sikapnya ataupun apa-apa yang mendorongnya kepada kemaksiatan maka rujuklah kepada manual yang telah diturunkan itu.

2 comments:

Cikli said...

i can lecture on 'safety at workplaces' but not this 'security at workplace'.

tumpang sedih kerana;
1. dianiaya orang
2. terpaksa buat part time.

fikirkanlah....

pokmudo said...

Itu kakitangan kerajaan, bagaimana pula dengan individu yang bekerja sendiri. Kenaikan harga barang amat terasa, lain lah yang dapat ex-gratia, pencen 5 juta...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...