Sunday, November 2, 2008

Kuala Krai Bandar Burung Layang-layang

Seingat saya, semasa saya kecil bandar Kuala Krai sudahpun dihuni oleh beribu-ribu burung layang-layang. Kalau kita dongak pada waktu malam berbaris-baris burung layang-layang bertenggek di atas wayar elektrik dan bangunan-bangunan kedai. Sudah menjadi kebiasaan setiap kereta yang diparkir di bawahnya akan mandikan dengan najisnya. Lantaran itulah maka dewasa ini banyak dilihat bangunan yang mula diubahsuai bagi menarik burung layang-layang ini bersarang di dalamnya. Ini mungkin dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Maka, cadang saya pada pihak yang berwajib, apa salahnya jika kita tambah nama pada bandar ini kepada "KUALA KRAI BANDAR BURUNG LAYANG-LAYANG".

Lain pula dengan Kuala Lumpur yang banyak terdapat burung gagak, yang mana semasa saya bertugas di sana sudah kerap saya diberaknya. Habis najisnya mengotori kepala dan baju saya. Satu kali tu semasa saya pulang dari solat jumaat di Masjid Negara.

3 comments:

Cikli said...

pokmudo, buleh kato semuo bandar ada tepat panggil burung laye2 nih. dok komersialise doh, dipanggil penternakan burung walit.
bangune pas ketereh pong jadi tepat pero burung walit.

isu yang timboi...
1)pencemaran bunyi kalu dia pasang tape utk attract burung.
2)kena jago dari segi penyakit la getek. terutama bilo avian flu mengancam baru nih.

apa apa pong janji halalan wa toyyibah

CankerSaurus said...

bidah burong sedak nih!

bleh buat ala2 sport. Theme dia "BIDAH TERUS KE KUALI" p/s: utk ore2 cino & sie sahajo

pokmudo said...

Teringat sembelih burung cakciuk dengan pisau mesin, mak terlepas pegang...burung terlepas seekor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...