Monday, November 17, 2008

5-2

Semasa bersembang di depan Pejabat Pentadbiran, Madrasah Ar-Rahman, seorang ustaz mengemukakan soalan kepada anak saudara saya yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, "5-2 berapa?"

"3" Jawab anak saudara tanpa berfikir panjang.

Sambil tersenyum, ustaz tadi menyambung;

"3 jawapan orang sekarang ye."

Kemudian dia bersuara dalam nada jenaka;

" Tapi kalau 5 dah tolak 2 tentulah yang 2 tu jatuh. Bila 2 dah jatuh tentulah 3 takut dan cabut lari... jadi yang tinggal, tentulah 2"

Ustaz tadi ketawa terkekeh-kekeh. Saya ikut senyum... ambil hati orang tua.

Apa yang bermain di minda saya apa motif sebenar ustaz tadi. Yang pasti anak saudara saya memberi jawapan secara hukum matematik dan ustaz tadi memberi jawapan secara subjektif. Apa-apapun, setiap benda yang khilaf itu manfaat untuk umat Islam. Wallahu 'alam.

7 comments:

wanie said...

trima ksh sbb tggal kan komen untuk wanie.. setiap yg khilaf itu ad buahnya.. renugkan..

Cikli said...

5-2 jawapannya adalah tiga titik...

pokmudo said...

Wanie: ada juga segelintir manusia yang mempertikaikan perkara2 yang qat'i.

Cikli: Rukun Iman, apa2 tolak lima jawapannya 0.

Anonymous said...

Salam,
Pokmudo ape kabar? Macam mana keje ok ke?

kamal.

Anonymous said...

Pok mudo jgn seriuh sgt. Lawak lagu tu kito pon buat sokmo.

Bilo wat lawok teringat plok ko arwah tokcik... nenek jare2 senyum.

CankerSaurus

pokmudo said...

Kamal: Alhamdulillah, baik. keje sekat ari ni ok agi. Kalu ada kelapangan mai le sini.

Canker: Dok seriuhpun, cuma kekadang cuba berfikir kot-kot dapat ilmu baru...maklumlah tempat 'PHD'

Jobex said...

Kawe maso cuti darjah 3, abah pakso gi belajar pondok. Teringat dok saing dengan Bunyamin (adik Us.latiff) makan nasi dengan timun cicah kicap di pondok mak abah...

Minggu depan kawe balik...jupo di pondok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...