There was an error in this gadget

Tuesday, February 3, 2009

Sesungguhnya Hidupku...




Betulkah hidup hanya sekali? Bahkah kalimah "Hidup hanya sekali" menjadi mainan mulut rata-rata manusia. Pernahkah baca buku "Hidup Sesudah Mati" karangan Bey Ariffin? Sebagai orang Islam kita mempercayai ada kehidupan di alam lain. Malahan ianya merupakan salah satu daripada Rukun Iman, iaitu Percaya Kepada Hari Akhirat/Qiamat. Sesungguhnya, enam perkara yang menjadi rukun di dalam Rukun Iman itu sebenarnya menceritakan tentang kehidupan yang abadi di alam 'sana'.


Lantas, jikalau itu menjadi keyakinan kita mengapa sanggup kita lacurkan diri kita demi kepentingan politik atau 'periuk nasi' duniawi tanpa memikirkan dosa dan pahala? Mengapa terlalu banyak muslihat setelah mandat diberikan.


Seseorang pemimpin itu boleh saya ibaratkan seperti jantung pisang, yang Allah ta'ala jadikan pada permulaan kelahiran hanya sebiji, kemudian mengembang dan mengeluarkan buah yang berpuluh-puluh biji untuk menjadi makanan berbagai-bagai makhluk di muka bumi ini. Pemimpin merupakan insan yang dipilih untuk melaksanakan amanah yang manfaatnya dapat dirasai oleh semua makhluk bukan untuk dirinya sahaja.

3 comments:

Cikli said...

masalahnya pemimpin byk yang jenis pelepah pisang.
dah layu pong tak nak jatuh.

Fakhzan Marwan said...

Benar, pemimpim itu sangat penting kerana ia menjadi arkitek negara...

pernah baca buku SHIT kah? kalau 'kepala' itu tidak mahu keluar, satu badan akan sakit kerana ia pembawa racun...

aduhai negeri ku, aduhai negara ku!

pokmudo said...

Cikli: Cantas je...

Fakhzan: Shahnon Ahmad memang seorang pejuang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...