Sunday, February 8, 2009

Selemah-lemah Iman...




Tiada yang lebih bererti dalam hidup ini selain daripada mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan agamanya,kedua ibu bapanya, negara, umat manusia dan kesejahteraan sejagat. Apa yang lebih baik? Hidup sentiasa memburu harta kekayaan duniawi tanpa mempedulikan perasaan,keselamatan,keaiban sama ada agama ataupun manusia lainnya, rakus memburu keseronokan, merampas, meragut,menghina,menfitnah, mengejek dan memprovokasi supaya pihak yang dianggap musuh merana, terhina,melarat dan berterusan dibenci oleh semua pihak? Atau hidup yang sentiasa berusaha secara kudus, bertawakkal dan terus bersyukur. Matlamatnya, biarlah semua makhluk sama-sama mendapat kesejahteraan.
"Sesungguhnya yang baik itu sudah terang lagi bersuluh dan yang buruk juga terang lagi bersuluh"
Tunggulah di saat;

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berbicara dengan Kami, tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka, tentang apa yang telah mereka kerjakan" (Surah Yaasin, ayat 65)

Sebagai umat Islam, tidak dapat tidakpun biarlah ada kebencian kepada kemungkaran walaupun cuma di dalam hati.

9 comments:

Nur said...

Salam Pokmudo,

anak saudara kah itu didalam gambar? Sungguh comel, benar kata orang, anak2 kelantan ini comel2 belaka...

Saya kira, semua sudah mati hatinya (politicians), dan rakyat jua ada sebahagian begitu...

moga2 semua nya kembali diberi hidayah dan taqwa..

pokmudo said...

Fakhzan: Anak saudara? Urrk...urrk!Anak isteri saya.Doa senjata orang2 mukmin.

ctkini said...

Pokmuda:org nok jawab lagi,

Fakhzan:pokmudo anok nok masuk 6 doh.

pokmudo said...

Bonda: Amboi!

Anonymous said...

kuikuikui

saham di bskl jatuh merudum!

CankerSaurus

Nur said...

*hari tu saya dah balas komen nih, tapi tak dapat masuk plak*


Ah, itu lah maksud saya

Saudara = anda, sepatutnya saya tulis, ini anak anda kah? sorry kalau semua2 salah faham...hahahahha....sangat comel nyer anak kecil ini, yang number berapa?

pokmudo said...

Fakhzan: Tak apa2pun. Apa2 pun semua itu gurauan sahaja. Bonda tu adik ipar saya,dia ikut adik saya buat Phd kat New Castle. TQ

pokmudo said...

Fakhzan: Opps! Sori lupa jawab, anak yang nombor 3.

pokmudo said...

Fakhzan: Sori silap, ramai sgt, yang nombor 4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...