There was an error in this gadget

Tuesday, February 10, 2009

Lagi Cerita Anak


Hari ini saya suka hendak memerihalkan tentang anak ketiga saya yang baru berusia 5 tahun semasa di Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI ABIM). Di rumah memang cakap banyak dan bising tetapi di luar terlalu pendiam. Hatta semua ibu dan bapa saudaranya juga turut sepakat memberi komen yang sama, "Hai tak pernah dengar suara Farhanah..."


Dalam tempoh tiga minggu bersekolah, gurunya memberi komen kepada saya, "Di rumah dia diam juga ke?"

"Tak! Kenapa?" Soal saya.

"Di sekolah terlalu diam dia..." ujar gurunya.


Semalam, sudah masuk sebulan setengah dia bersekolah, sepupunya yang berusia 6 tahun memberi komen yang mengembirakan,


"Hari ni Farhanah dah ikut apa yang cikgu ajar. Udah berbunyi suaranya"

Sayapun rasa lapang dada... moga-moga hari-hari mendatang suaranya lebih lantang lagi.

3 comments:

Bonda said...

Kalu mengikut komen ayohdo, mok mudo tak rajin senyum dgn lawok jenakonye di rumoh nenek sehingga dpt mustaqim = 9+ tahun kawin.

Jadi pada firasat ayohnik farhanah perlu 9+ minggu di sekoloh sblm bulih join budok2 lain kalu dio nurun mok mudo.

pokmudo said...

Ni tentu teori bakal Dr. (Phd)...

Fakhzan Marwan said...

heheheh, sangat comel la anak ini, moga2 dia lebih berani mahu bercakap dan bersuara menyuarakan pendapat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...