Nampaknya 2,3 hari ini seronok pulak cerita pasal telatah anak-anak. Anak-anak yang adat kata bakal mencorakkan masa depan negara, sekurang-kurangnya melalui 'peti undi' bukan melalui 'pekerti terkeji'... pasang perangkap... dapat ikan jogha (species ikan yang makan najis) tiga ekor.
Akhirnya, tidak dapat ke Mahkamah kerana dilaporkan sakit. Wallahu 'alam.
Semalam, semasa menjemput anak-anak di sekolah, anak lelaki saya yang di Tahun Satu menunjukkan tablet paracetamol.
"Ubat apa ni abang?' tegur saya.
"Jururawat bagi... abang kena cucuk kat lengan" Ceritanya.
"Abang nanggis tak?"
"Tak! Masa Jururawat cucuk, abang berdiri sambil goyang macam ni..."
Dia mengoyang-goyangkan kaki kanannya. Saya hanya tergelak, teringat gelagat arwah ayahanda semasa hayatnya.
"Lepas tu kan abah,jururawat tu buka seluar abang, dia belek-belek cik awe abang"
Saya ketawa besar apabila mendengar ceritanya.
"Bah...bah... tadi cikgu panggil abang, abang ingat ke cikgu nak rotan... rupa-rupanya cikgu cakap abang lulus periksa dan boleh tukar kelas."
"Ya?"
"Hemmm... 10 orang, bah?
Anak lelaki saya ini seawal usia setahun setengah sudah petah bercakap, dia dilahirkan di HTAA Kuantan. Hai dia seoranglah kelahiran Pahang, walaupun kedua ibu bapanya anak Kelantan. Apa yang penting pejuangannya nanti, insya-Allah untuk Islam. Teringat telatah adik saya apabila dapat anak lelaki kelahiran Sabah, dibungkusnya tembuni (uri) anaknya dengan akhbar Harakah. Harapannya, semoga anaknya menjadi pejuang Islam, khususnya melalui PAS.
4 comments:
abe ngoh anak pahang. teringat kesahnya nak cukor dok cukop korum pedahal jiran kiri-kanan.
CankerSaurus
mat mustqim memang nok serupolah dgn peil putera bonda,ada pertalian ko.
Adinda Canker: begitulah lumrah berjiran dengan staf dalam pejabat sama & kediaman pun sama.
Bonda:Putera yang sentiasa rindukan nasi lembik Pok Muda
Dia belek-belek cik awe abang.
Hah !! kena periksa ka?? Dulu masa aku sekolah rendah takde pun jururawat buka atau suruh buka seluar.
Post a Comment