Wednesday, September 10, 2008

Secebis Memori Bersama Ayah


Teringatku semasa arwah bapa masih bersama keluarga kami. Beliau seorang bapa yang ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Beliau garang tapi susah hendak marah pada anak-anak. Sewaktu hayatnya, beliau telah banyak berusaha untuk membesarkan anak-anaknya dengan sempurna. Beliau tidak banyak cakap dan tidak cerewet dalam memlilih makanan. Pernah kulihat pada suatu tengah hari, beliau makan nasi hanya berkuahkan air sejuk yang dicampur garam. Waktu itu agak-agaknya, aku baru dalam tingkatan satu (1979). Arwah bapa seorang penarik beca.
Pernah suatu masa dalam tahun 70-an, bapa menyelamatkan seorang gadis di stesen keretapi daripada gangguan pemuda-pemuda nakal. bapa menumpangkan gadis tersebut di rumah. Padaku, biarpun kita miskin wang ringgit tapi kaya budi bahasa. Banyak lagi yang ingin ku ceritakan tentang arwah bapa, tapi pada masa ini aku belum bersedia.
Bapa kembali ke rahmatullah pada tanggal 26 Julai 2002. Ketika itu aku berkhidmat di Kuantan. Namun, alhamdulillah aku dan adik lelakiku yang juga berkhidmat di Kuantan awal seminggu pulang. Jadi kami sempat bersama bapa pada akhir hayat beliau.
Bapa, kami rindu padamu dan inginku ceritakan tentang kejayaan anak-anak bapa yang pernah mengenepikan kepentingan diri demi anak-anak. Al-fatihah untuk bapa!
Kini kami masih mempunyai ibu yang mithali, yang sentiasa mengutamakan kepentingan anak-anak daripada kepentingan diri sendiri. Bahkan sekarang ibu menjadi nenek yang utamakan cucunya. Kami bersyukur pada-Mu, ya Allah.

3 comments:

Cikli said...

Walaupun ayah sudah pergi, beliau hidup dalam abangku. Abangku sanggup berpayah untuk kesenangan dan masa depan adik-adik walaupun beliau sendiri masih terumbang ambing ketika itu.

Terima kasih mak kerana mengahwini ayah. Aku mendapat kakak, abang, adik yang sanggup berkorban untuk adik beradik yang lain semacam mak dan ayah juga.

Kita kaya walaupun miskin.

CankerSaurus said...

teringat aku tgk kerusi malas tu.

Cikli said...

pokmuda,

kankersaurus teringat si pembeli kerusi malas.

u know wat I mean. sekarang cakap kena pakai kod-kod tersirat je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...