There was an error in this gadget

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan Bulan Ujian

Hari ini merupakan hari keempat umat Islam berpuasa. Mulai hari pertama sehingga kelmarin, susah mencari petak parkir apabila singgah di Gerai Ramadhan. Berpusu-pusu manusia mencari juadah berbuka. Malahan mulai dari tengahari lagi terdapat barisan panjang manusia menunggu giliran membeli murtabak. Di mana-mana sahaja terdengar cerita mengenai makanan berbuka, resepi berbuka dan bermacam-macam lagi mengenai habuan perut.



Ada yang merungut murtabak sudah naik harga. Begitu juga dengan makanan lain. Harga naik tapi saiznya turun, makin mengecut. Kata penjual kerana tepung naik harga.



Itu cerita penting setiap kali menjelang Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang membakar dosa-dosa, ganjaran yang melipat kali ganda. Tapi jarang orang gemar bercerita tentang kelazatan ibadat pada bulan Ramadhan berbanding dengan kelazatan murtabak, sup tulang dan sebagainya. Mengapa?



Pada saya, di sinilah terletaknya tapisan keimanan yang melibatkan kepercayaan seratus peratus.



3 comments:

cikli said...

Air tebu sedap betul buat berbuka. Tapi pastikan tapisannya halus, nanti terserdak kerana banyak serdak.

Bonda said...

makanan sini pon semmo kena tapis. paling senang pastikan ada tanda "V" = suitable for vegetarian tp kenkadang RUM is considered V dlm aiskrim. hari ni bukak dgn kari kepala ikan... yum!yum!

pokmudo said...

Teringat ke Kurma ayam liut masa di Dendang dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...