Monday, September 1, 2008

Di Mana Kita?


Jika disamakan dengan sistem pembelajaran di IPT. Kita sekarang berada dalam musim peperiksaan. Ramadhan al-Mubarak adalah musim peperiksaan bagi umat Islam. Rata-rata masyarakat dan mass media berlumba-lumba menyediakan bermacam-macam syarahan, ceramah dan tazkirah mengenai fadhilat, kepentingan dan lain-lain permasalahan berkaitan dengan Ramadhan. Bahkan lebih manis dan menariknya apabila para cendikiawan Islam mengaitkan ibadat puasa itu dengan sains, khususnya dari sudut kesihatan. Memang tidak dinafikan kepentingan dan signifikannya untuk umat manusia, khususnya umat Islam.


Namun mengapa kurang bahkan jarang-jarang cendikiawan Islam bangkit dan tampil membicarakan kemanisan dan fadhilat hukum Allah mengenai jenayah yang makin berleluasa kini. Khususnya hukum hudud. Dalam kemusnahan identiti sesetengah masyarakat dari pelbagai lapisan yang lebih mementingkan materialistik tanpa mengenai batas hukum. Masyarakat yang mula berani tidak bertempat dan sanggup merompak barang-barang di Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn). Sepatutnya, lebih ramai pemikir Islam yang bangkit mendaulatkan Hukum Allah secara ikhlas tanpa mementingkan perbezaan fahaman politik. Siapa lagi yang diharapkan untuk mendaulatkan Islam jikalau bukan kita umatnya.

3 comments:

Cikli said...

takbirrrrrrrrr...

setuju sangat tu pok uk opsss pokmudo.

Baru ni pong ada menteri selepas mesyuarat dgn tok-tok mufti di Trengganu ada mengulas pasal sumpah dalam Islam dan sumpah saiful.

Katanya sumpah ini ada dalam hukum Islam, kena ikutlah.

Pilih kasih betullll

ctkini said...

Mok mudo boleh posa penuh tahun ni ye? samo2 ngan cik sah.

pokmudo said...

Jangan salah sasul Cikli ngan Bonda. Hak runsingnya Bonda, brek kuat manapun bocor agi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...