Sunday, June 7, 2009

Apabila Sesekali Berkumpul...


Dalam tempoh cuti sekolah ini, banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama apabila ramai adik beradik pulang berkumpul di rumah emak. Cuma dua keluarga yang tidak pulang, Cikli dan Ayohnik maklumlah terlalu jauh di perantauan. Banyak isu ekonomi,politik dan sosial yang kupas dan dibincangkan bersama. Masing-masing rancak memberikan komentar tersendiri dan yang paling banyak ulasannya tentulah Pak Cu.

Seronok rasanya bila berkumpul bersama, cuma Pok Muda rasa janggal bila dua adik lelaki tiada bersama. Keduanya memang tersohor sebagai pemikir dan Tok 'jjora' yang terbaik di kalangan kami. Lelucon mereka tidak kering gusi. Itulah salah satu anugerah Allah kepada keluarga kami, walaupun tiap kali berkumpul dan bercerita dengan cerita ulang tayang, namun tiada rasa jemu malahan menarik pulak. Syukur kepada Allah.

4 comments:

Cikli said...

bual dgn pakcu kena pakat dulu. suruh sapa2 panggil selepas satu jam.....tak habih...

Jobex said...

syukurla..demo ado keluarga yang besar dan bahagia...walaupun sederhana tetapi otak bergeliga semuanya...

Anonymous said...

wa..beznyer...sumer org ada kat umah...hu2..nk balik..

pokmudo said...

Cikli:Red tape
JobeX: Alhamdulillah
Canker: Saba le...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...