There was an error in this gadget

Sunday, June 14, 2009

Tirai Teater Mula Terkuak


Sekarang, semua mata tertumpu ke arah DUN Manik Urai. Masing-masing telah menjalankan pelbagai usaha ke arah memancing undi para penduduk Manik Urai. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin UMNO. Malahan ada yang sanggup menjalani rutin hidup bersama penduduk-penduduk dan yang lebih melucukan mengikut laporan, ada yang sanggup turun menoreh getah sekali. Begitu kuat sekali kuasa undi kita ye? Sayang sekali, saya pengundi DUN Guchil. Dalam musim ini juga Manik Urai dijadikan 'anak emas' BN, jadi lain-lain kawasan 'anak apa' ye? Lepas ni, Manik Urai perlu tukar nama ke "Anak Emas".

Inilah sandiwara politik.... Malangnya, kkampung manapun pengundi mereka kadangkala lebih bijak daripada orang yang cuba hendak menggula-gulakan mereka.
"Bagi duit, ambik,
bagi kain, pakai,
dan bagi gula, kacau... undi hak kita..."

3 comments:

Cikli said...

pengajaran untuk yb yang masih hidup. berkhidmatlah dgn cemerlang.

pengajaran untuk kita semua juga.

jobex said...

Kawe rasa nok balik hari penamaan calon..bawak gu2 PKR dari Perak!
Bubar DUN!!!

pokmudo said...

Cikli: Amanah tu... wajib ccara

Jobex: Takbir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...