There was an error in this gadget

Monday, June 22, 2009

Cermin Rosak?


Akhirnya, persoalan dan kegelisahan khususnya di kalangan penyokong-penyokong marhain wadah yang bertunjangkan perjuangan Islam ini terungkai. Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah ta'ala. Ribut akhirnya bertukar menjadi angin sepoi-sepoi bahasa. Setidak-tidaknya apa yang dibahasakan oleh kebanyakan akhbar sebagai kekalutan ini menjadi penyaring dan pengukur kepada erti keikhlasan,ketegasan dan yang lebih mustahak keimanan kita. Isu Kerajaan Perpaduan (UG) ini bagi saya bagaikan satu indikator. Persis sekeping cermin terbuang yang dijumpai di tepi jalan. Kemudian ada si fulan yang menjumpai memungut, sambil membelek-belek dia berbisik;

"Hai cermin ni masih elok, mengapa dibuang?"

Tetapi apabila dia menilik mukanya di cermin, ditilik kiri kanan, belakang dan depan maka dia bersuara spontan;

"Ya le... cermin ini memang sudah rosak", sambil membaling cermin tadi.

Wallahu 'alam.

6 comments:

Cikli said...

bukan cermin yang rosak, empunya diri yang tak macho..

pokmudo said...

Cikli: Itulah simboliknya...

CankerSaurus said...

Dengar2 sepupu paklong tanding manik urai.. cubo tgk kalu2 rumoh dio cat biru doh. :)

pokmudo said...

Canker: Dengar cerita dia tak ser, sayang nak letak jwt kerana % kalah lebih besar.

CankerSaurus said...

Bunyi kata deme tak ser fauzi? tu fauzi ike ke?

pokmudo said...

Canker: Ye... hak tak ser tu oghe UMNO...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...