Wednesday, June 3, 2009

Antara Iman dan Nafsu


Realitinya, apa yang kita tidak suka dan meyampah itu kadangkala, itulah yang terbaik untuk kita dan apa yang kita suka dan senang hati, kekadang itulah racun bagi kita. Dalam perjalanan hidup saya selama 43 tahun ini itulah yang selalu saya dendangkan dalam diri kerana banyak perkara yang tidak disenangi, itulah yang terbaik bagi saya.

Apa-apapun, bersyukur itulah yang dituntut bukan sesama makhluk tetapi kepada khalid. Justeru itu, desakan supaya kita bersyukur kepada makhluk rasanya janggal kerana ianya juga atas kehendak Yang Maha Esa. Macam kata bijak pandai, paip air itu tidak dapat mengeluarkan air dengan sendiri tetapi perlukan bekalan air dari tangki yang perlukan bekalan dari sungai dan perlukan bekalan air dari hujan yang mana semua itu daripada Allah. Lantaran itu, hanya sanya kepada Allah sahaja layak dan tempat sebenar-benar kita wajib melafazkan kesyukuran lalu mempraktikkan rasa kesyukuran kita itu bersandarkan kemampuan kita. Apa yang ditegah, jauhilah dan pa yang disuruh, akurilah. Kemampuan kita sebagai rakyat marhain, kuasa undi itu salurkan kepada yang tahu bersyukur di tempat yang betul agar kalimah Allah dapat sama-sama kita martabatkannya. Antara tuntutan iman dan nafsu, sama-samalah kita halusinya. Wallahu 'alam.

3 comments:

Cikli said...

takbir......
hidup Islam.

pokmudo said...

Cikli: check email?

abe mang said...

Apa yang ambo faham la..bersyukur itu terkhusus kepada ALLAH SWT yang akan disertai dengan patuh kepada perintahNya dan meninggalkan larangangNya. Manakala sesama makhluk kita dianjurka berterima kasih..wallahuaklam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...