Monday, May 18, 2009

Salam Sejahtera, Bro...!


Hai, tut tap...tut tap, udah seminggu adik lelaki saya berada di Negara 'Matahari Terbit'. Sibuk agaknya? Dia kalau ada masa, blognya mesti terusik, tidak kering idea. Yang saya tabik, jiwa Islamnya, alhamdulillah, kental. Tiada asobiyyah atau bias kepada individu tertentu tetapi komitmennya kepada agama, Islam yang padu. Walaupun daripada peringkat sekolah rendah hingga ke menara gading, beliau berpendidikan bukan dari aliran agama tetapi kesungguhannya menimba ilmu agama secara tidak formal amat saya sanjungi.

Sebenarnya, beliau salah seorang adik saya yang pintar seawal usia 6 tahun lagi. Beliau pandai membaca sebelum masuk Darjah Satu lagi (istilah dahulu) walaupun tidak ke prasekolah. Ibu bapa kami hanyalah penoreh getah yang berpendapatan di bawah RM200 sebulan dengan menanggung anak-anak seramai 8 orang. Beliau anak ke-5 di antara kami berlapan yang masih hidup dan anak ke-8 daripada 11 orang termasuk yang meninggal semasa kecil.

Di sini, saya tidak berniat untuk menggarapkan biodata atau perjalanan hidupnya tetapi sekadar meluahkan rasa sayang dan rindu kami. Tidak lupa juga kepada adik lelaki saya dan keluarganya yang berada di Europe sana. Salam sejahtera, bro!

6 comments:

ctkini said...

sayunya!!!....

Cikli said...

domo arigato gozaimasu oniisan.

Unknown said...

salam

Nak laksana Hudud Tak Payah Pinda Perlembagaan KERANA hukum Allah tak payah minta persetujuan manusia
Jangan cari alasan
Jangan cari salah UMNO yang ternyata BODOH
Kita seharusnya membetulkan apa yang UMNO buat tak betul...
Bukan membudayakan samseng
dan mencari salah UMNO yang TERNYATA salah.

MokSU said...

Tak tersebut...Rasa tersisihnya... isk..isk...

Cikli said...

moksu,

ini bahagian lelaki sahaja dulu.

perempuan lepas-lepas ni la.

pakmudo kan sibuk urus projek sekarang sebab manager outstation.

pokmudo said...

Bonda:isk...isk...
Cikli:haik..
abghalim:nak menebas pilihlah parang yang tajam...
Moksu:pusingan pertama, khusus yang di luar negara dulu...sabo le...makcu lagi sebak...
Cikli:Bukan sibuk projek saje... loni, kerja2 opispun kalut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...