Hairan betul! akhir-akhir ini anak lelaki saya seorang ini gemar benar ambil bedak talkum lalu dibasahkan dengan sedikit air (macam mengajar memasak pulak) terus dilumurkan ke muka. Motifnya, mahu menyakat adik-adik. Jadi poconglah kononnya, masing-masing ketawa terbahak-bahak.
Anak-anak yang perempuan pula dengan caranya yang berbeza. Apa yang jelas, setiapkali mahu baring maka kedua kakinya dimasukkan ke dalam sarung bantal. Hai inilah kerenah anak-anak saya yang semakin membesar atau mungkin kata orang 'bawaan' apabila umminya sedang sarat 8 bulan?
Apa-apapun, saya bersyukur dan bahagia dengan keceriaan anak-anak.
4 comments:
jgn bapaknya buat perangai sudah.
nakal mustaqim.
abe mustaqim gi mano?
.. gi gi abe tak dok
Ayohnik
nakal mustaqim...rindunyo...tengok kot blog pun geli hati kalu jupo luar x tahu lagu mano...
Cikli: Bapaknya tak buat perangai tapi perangai hak ada dah tu perlu di'upgred'
Ayohnik: Seri dengan abe asyraf
Bonda:Selamba jer
Post a Comment