There was an error in this gadget

Monday, April 13, 2009

Buktikan kebolehan kita!







Suatu petang, semasa pulang dari sekolah, anak lelakiku memberitahu, "Abah! abang ada buku mainan kecil" sambil menunjukkan kepadaku.

"Oh! tu bukan buku mainan, tu buku tiga lima"

"Bukan Buku tiga lima bah tapi buku 555" jelas anak lelakiku lagi yang baru empat bulan di Tahun Satu. Nasib baik kakaknya yang berada di Tahun 3 tiada kerana masih mengikuti kelas KAFA. Kalau tidak kuat huraiannya nanti...

"Tengok...tengok...bah, abang tulis perkataan sinonim. Pah tu kan bah, Cikgu Bahasa Melayu kata, bagus awak Ahmad Mustaqim...awak baca kamus..."

"Padahalkan bah, abang tak baca kamus tapi abang tengok apa yang tertulis di dinding..." Tambahnya lagi.

Aku hanya tersenyum. Cikgu Bahasa Melayunya mula bersikap baik terhadapnya bahkan mula memujinya. Padahal, beberapa bulan yang lalu, anak lelakiku diceritakan oleh kakaknya ditolak kepalanya oleh gurunya ini kerana menulis lambat dan cepat mengalirkan air mata apabila gurunya memadamkan tulisannya yang comot dan menyebabkan bukunya terkoyak. Mungkin kerana Ahmad Mustaqim terpilih menjadi 'qari' mewakili Tahun Satu bagi membaca beberapa potong ayat al-Quran semasa Majlis Maulidurrasul di sekolahnya dan turut menang kuiz agama semasa majlis tersebut yang telah mengubah persepsi guru tersebut. Atau mungkin juga kerana Ahmad Mustaqim mendapat markah tinggi dalam ujian penggal pertama di kelas. Apa-apapun, terima kasih cikgu.

2 comments:

MokSU said...

tu la jangan cepat melatah kata kat cikgu... cikgu ni nak suruh anak murid dia jadi pandai berguna... Tiada hadiah yang paling berharga bagi seorang guru selain melihat kejayaan anak didiknya...

pokmudo said...

Moksu: Keikhlasan, kejujuran dan apa2 sifat mahmudah lainnya bukan bertenggek atas gelaran atau jawatan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...