Sunday, January 11, 2009

Semangat Kerjasama Di Kalangan Kanak-kanak




Diberitakan, hari ke-4 persekolahan, putera Pok Muda yang baru masuk Tahun Satu hilang dompet. Apa lagi, senjata utamanya...huhh...huhhh.. Kalut rakan-rakan sekelas cari merata-rata. Seorang sepupunya Tahun 4 kebetulan melintas dan diberitahu kehilangan itu turut kalut membantu. Nasib baik kakaknya di Tahun Tiga yang berada di Aras Tiga, Bangunan yang sama tidak dipanggil memberi bantuan.


Atas maklumat dan kerjasama semua pihak, akhirnya dompet yang mengandungi RM1.30 itu berjaya ditemui di Kantin Sekolah. Dia lupa masuk kocek semasa sarapan pada waktu rehat. Umminya ketawa besar apabila diberitahu puteranya tentang 'Ops Dompet' sewaktu di sekolah dan berkongsi cerita itu pula dengan Pok Muda.

3 comments:

Cikli said...

meh meh detective conan budak2 lo ni.

surprise aku buleh jupo balik. salsa, donut atas meja, lepa mata ghaib terus.

ctkini said...

dah tahu dah anak pokmudo,kalut mcm pokmudo manja mestilah mcm umminya.bagus sepupunya mcm mok dia.

pokmudo said...

Sepupunya macam mok dia,... tapi jangan sapai lekat tin di pala sudah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...