There was an error in this gadget

Monday, January 19, 2009

Satu Badankah Kita?


Rata-rata insan yang berhati manusia tanpa mengira anutan agama merasa teramat duka dan nestapa mengenangkan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin. Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, khususnya di Gaza amat dirasai. Namun, apa yang mampu dilakukan oleh kita sebagai umat Islam yang serba kekurangan dan berada jauh di pelusuk dunia hanya menangis,berdoa meminta pertolongan Allah dan menderma kepada tabung-tabung yang diwujudkan khusus untuk Gaza. Malahan ada usaha untuk memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel dan sekutunya.

Walaupun kemampuan kita dalam isu ini terlalu terbatas, apa yang penting komitmen dan iltizam kita sebagai manusia yang bermaruah, bonusnya pula sebagai seorang muslim. Kita diumpamakan sebagai satu badan dan tidak akan membiarkan walaupun sekelumit juzuk tubuh kita dihinggapi penyakit atau luka yang mana jika dibiarkan akan turut memudharatkan bahagian-bahagian yang lain. Bahkan akan lebih parah lagi.

Itu berkenaan isu di Gaza, di Malaysia pula sepatutnya jikalau ada pihak yang ingin mendaulatkan Islam, khususnya perundangan maka sewajibnya kita sepakat turut membantu supaya ianya dapat dilaksanakan.

1 comment:

wanie said...

wani setuju ngan pendapat awak.. walaupn sekecil- kecil benda kita tlng biarlah bermanfaat kpd saudara kita.. walaupn sepotong doa.. insy'Allah dgn kekuasaanNya segala sesuatu blh terjadi.. sama2 kt berdoa dan berusaha supaya satu hr nanti hkm Allah akan di letakkan pd tempatnya kembali.. insya'Allah dgn izin NYA.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...