Saturday, January 31, 2009

Kera Tali Pendek


Semasa berkursus pada tahun 2004, seorang penceramah yang juga merupakan seorang anak Kelantan sering membuat lawak tentang masyarakat Kelantan. Bagi menjamin lawaknya itu mampu membuat para peserta ketawa maka seringkali direkaceritakan tentang kepandiran. Kekerapan penceramah membuat lawak versi Kelantan itu membuka peluang kepada seorang peserta yang juga seorang pegawai tentera memberikan pandangannya tentang 'Orang Kelantan'.

Katanya;

"Orang Kelantan ni macam 'kera tali pendek', maknanya bila berkhidmat atau bekerja selalu ingin berkhidmat atau bekerja dekat dengan rumah je"

Saya tidak hendak komen pandangannya kerana rata-rata sudah tahu ketidak tepatan telahannya itu. Tapi saya cuma hendak beritahu bahawa kerana tali pendeklah maka rakyat Kelantan ada rasa cintakan agama,bangsa dan negara. Buktinya, bila tiba musim pemilihan pucuk peneraju negeri dan negara maka majoritinya akan balik mengundi di kampung halaman bagi memastikan kepemimpinan yang benar-benar ikhlas mendapat mandat rakyat, insya-Allah.

Kerana bertali pendeklah, rakyat Kelantan sentiasa peka terhadap ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai. Buktinya, bila ada cuti walaupun tiga hari ramai yang kembali ke kampung, jumpa ibu bapa,buat pelbagai kenduri, jumpa sahabat lama dan bermacam lagi.

Kerana talinya pendeklah juga, ramai anak Kelantan sering ditempatkan/ditukarkan ke Malaysia Timur.

Apa yang penting, kita sedar tentang asal usul kita.

7 comments:

Cikli said...

nak kerja kampung sendiri ada 2 choice..
-jadi tok wakil.
-jadi tok lobir.

Anonymous said...

baik pade "kera akal pendek"

dok gitu?

CankerSaurus

pokmudo said...

Cikli:YB Dr.Hatta pun hijrah dari Perak

CankerSaurus: benar sekali

Nur said...

Kera tali pendek?

saya jua begitu, walaupun saya bukan orang kelantan...dan rata2 survey yang dibuat, sejauh mana pun merantau mencari 'hujan emas', akan kembali jua ke tempat asal walaupun mempunyai 'hujan batu'....

:D

pokmudo said...

Fakhzan: Pada penghujung tahun 70-an dahulu, arwah ayah saya pernah memelihara seekor anak kucing yang diambil dari pasar dan diberi nama "Cindai", sebelum ada lagu Cindai lagi(bukan ciplak ni). Suatu masa ketika Cindai sudah besar, dia menghilangkan diri berbulan2 dan akhirnya dia pulang. Tapi keesokan harinya dia mati. yang penting dia tahu asalnya.

Anonymous said...

oghe kelate lah yang memeriahkan seluruh malaya ini. Gi la celah mano pun, pasti ado oghe kelate....

kelate, serambi mekah, tanah serendah sekebun bunga, negeri cik siti wan kembang - itulah satu negeri ambo, walau dimana ambo berada, kelate tetap dale ingatey

pokmudo said...

Ambo: Masing2 ada kelebihan & kekurangan.Saling hormat menghormati barulah ada maruah dan tidak tema'a (tamak) rampas secara zionis untuk perintah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...