There was an error in this gadget

Tuesday, January 6, 2009

SAPAAN BERACUN


Penghujung Julai 2002 semasa saya bertugas di Kuantan, saya didatangi oleh seorang lelaki yang saya tidak kenali tetapi dia begitu ramah sambil menegur

“Demo tak kenal kawe ke?”

Saya kehairanan sambil mengamatinya, sah memang saya tidak pernah jumpa dan apatah lagi mengenalinya. Kebetulan saya baru sahaja kembali bertugas setelah bercuti kerana kematian bapa saya, jadi saya menyangka tentu dia salah seorang saudara-mara yang datang melawat sewaktu bapa meninggal dan mungkin saya tidak perasan tentang kehadirannya. Telahan saya, mungkin dia datang kerana diberitahu akan saya berada di Kuantan dan mungkin untuk mempertautkan tali persaudaraan.

“Demo anak ### yang dok di @@@?” Teka saya bagi memurnikan suasana.
“Ya le” balasnya menyakinkan.
“Jadi, demo gi rumah kawe masa Chik kawe mati?” Teka saya lagi.
“Ho le, kawe la tu…”

Dia kemudian cuba mengalih perbualan;

“Sebenarnya lagu ni, kereta kawe budak kawe bawak, eksiden tadi. Jadi tak cukup 95 rial lagi nak jelasnya…”

“Kawe kije di JPJ Maran, 2,3 ari lagi kawe bayar la…” sambungnya lagi.

Tanpa banyak soal saya hulurkan padanya RM100 dan dia pulangkan RM5. Hairan juga saya, kenapa pulangkan RM5, ambil sahaja RM100.

Seminggu kemudiannya, saya rasa memang sah saya ditipu.
Jadikanlah ini sebagai satu pengalaman yang boleh dijadikan indikator dalam pergaulan yang melibatkan orang-orang yang tidak dikenali.

1 comment:

Cikli said...

if someone owed you rm95 and you never see him again. it's well worth it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...