There was an error in this gadget

Monday, January 5, 2009

Hijrah Bergantung Kepada Niat Kita

Fuhh! penat ada sikit lagi. Hujung dan awal tahun biasalah tu, macam-macam kena urus dan tambahan pula tubuh tidak berapa sihat. Minggu lalu, seorang khatib yang juga seorang penasihat Pusat Pengajian Islam secara "Pondok" meluahkan rasa terkilan beliau semasa berada di Tanah Suci Makkah.

Menurutnya, pada umat Islam kini istilah Haji telah dipelbagaikan, di antaranya "Haji Segera" dan "Haji VVIP". Teringat saya yang isteri saya pernah memberitahu tentang cerita yang dibacanya di dalam sebuah akhbar harian. Ceritanya mengenai pengalaman mengerjakan ibadat Haji yang diceritakan sendiri oleh Datuk Haji Misbun Datuk Sidek yang memilih untuk menggunakan pakej murah, yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan. Niatnya bagi merasai sendiri keperitan yang terpaksa dialami oleh kebanyakan bakal-bakal Haji. Sebaliknya, beliau meminta disediakan macam-macam termasuk selimut yang tebal.

Laporan atau cerita ini memberitahu kita yang wujudnya perbezaan dan klasifikasi pada ibadat Haji mengikut selera manusia. Inilah yang didakwa oleh khatib tadi sebagai telah melencong daripada ibadat Haji yang disarankan Baginda S.A.W.

Khatib itu juga menceritakan tentang sikap segelintir para jemaah semasa di Padang Arafat yang lebih gemar menunggu sambil merokok. Jadi, apa maknanya ibadat kita yang terpaksa menelan perbelanjaan yang besar, masa yang lama, tenaga yang banyak dan sebagainya?

1 comment:

Cikli said...

itukan gambaran manusia hari ini dan bila dibangkitkan di akhirat esok?

takkan semua macam yang kita nak. yag umno takkan pergi terus jd insan kamil. yang pas pun takkan pergi terus tak hisap rokok. he should know better.

ada yang pangkat menteri pun balik haji terus fitnah kerajaan perak.

brehim ali balik mekah dulu, terus kondem mat sabu bila ditangkap di perdana hotel.

Allahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...