There was an error in this gadget

Tuesday, January 27, 2009

Sambal Pijat











Setiap negara,negeri malahan daerah terpencil masing-masing mempunyai identiti tersendiri dalam menambah kuantiti kepelbagaian masakan. Mungkin ramai juga yang belum pernah mendengar apatah lagi merasa 'Sambal Pijat'. Pijat memang dikenali sebagai serangga yang selalu berada di badan lembu atau di dalam telinga malahan turut berada di cuping dalam telinga manusia. Tetapi sambal ini diberikan nama 'Sambal Pijat' kerana menurut orang-orang tua disebabkan baunya semacam pijat.


Sebenarnya, ramuan sambal ini terdiri daripada cili, isi ikan (kekadang tidak dimasukkan) dan ubi atau akar pokok pijat. Ianya ditumbuk dan dijadikan sambal. Sambal ini tersohor di daerah Jeli, Kelantan. Sayapun baru mendengarnya tahun lepas semasa menghadiri satu jamuan di daerah ini. Apa-apapun cuba lah. Saya difahamkan, pokok pijat ini selain dimasukkan ke dalam sambal, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masak tempoyak ikan patin, sup dan lain-lain lagi. Aromanya ..... cuba lah sendiri.

8 comments:

Cikli said...

macam macam produk dari jeli ni ye.
pijat la, stopa mamat la ... apa persamaan keduanya?

Anonymous said...

tukar namo weh.. geli aku.

pokmudo,
sambal gutu takdok ke?

cikli,
stopa mamat pepijat@virus. kalu kena virus dia jadi bodo lembu blaka.

CankerSaurus

pokmudo said...

Cikli:no komen

CankerSaurus: Samba aye sedap mana?

hani@debumelukut said...

sewaktu pertama kali menjejak kaki di Kuala Balah, rombongan kami di hidangkan sambal ni...tak leh telan rasanya sbb tak biasa..mmg sebijik rasa mcm pijat tuh..tapi ambik hati tuan rumah, panjang tengkok rasanya paksa telan jugak.

abidin hussin said...

Sejenis halia ini juga di paggil pokok kesing.

Afif Ab said...

Sambal kesing aka sambil pijat pada pendapat sy lebih sedap berbanding sambal belacan. Pokok ni sukar di dapati di tempat lain selain jeli. Nak tanam pun di tempat redup baru ok

Afif Ab said...

Sambal kesing aka sambil pijat pada pendapat sy lebih sedap berbanding sambal belacan. Pokok ni sukar di dapati di tempat lain selain jeli. Nak tanam pun di tempat redup baru ok

Nusha Azmi said...

Assalamualaikum, boleh sy minta number phone Tok Cik tak? Sbb sy kena buat research pasal sambal pijat. Kalau tak keberatan, boleh sy bertanya sedikit sebanyak mengenai sambal pijat ini. Terima kasih ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...