
Semasa berkursus pada tahun 2004, seorang penceramah yang juga merupakan seorang anak Kelantan sering membuat lawak tentang masyarakat Kelantan. Bagi menjamin lawaknya itu mampu membuat para peserta ketawa maka seringkali direkaceritakan tentang kepandiran. Kekerapan penceramah membuat lawak versi Kelantan itu membuka peluang kepada seorang peserta yang juga seorang pegawai tentera memberikan pandangannya tentang 'Orang Kelantan'.
Katanya;
"Orang Kelantan ni macam 'kera tali pendek', maknanya bila berkhidmat atau bekerja selalu ingin berkhidmat atau bekerja dekat dengan rumah je"
Saya tidak hendak komen pandangannya kerana rata-rata sudah tahu ketidak tepatan telahannya itu. Tapi saya cuma hendak beritahu bahawa kerana tali pendeklah maka rakyat Kelantan ada rasa cintakan agama,bangsa dan negara. Buktinya, bila tiba musim pemilihan pucuk peneraju negeri dan negara maka majoritinya akan balik mengundi di kampung halaman bagi memastikan kepemimpinan yang benar-benar ikhlas mendapat mandat rakyat, insya-Allah.
Kerana bertali pendeklah, rakyat Kelantan sentiasa peka terhadap ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai. Buktinya, bila ada cuti walaupun tiga hari ramai yang kembali ke kampung, jumpa ibu bapa,buat pelbagai kenduri, jumpa sahabat lama dan bermacam lagi.
Kerana talinya pendeklah juga, ramai anak Kelantan sering ditempatkan/ditukarkan ke Malaysia Timur.
Apa yang penting, kita sedar tentang asal usul kita.