Monday, December 29, 2008

Hudud Bukan Tanggungjawab PAS Sahaja

Pada saya Hudud bukan suatu yang perlu dijadikan modal untuk menyerang lawan politik. Ia merupakan suatu kemestian yang tidak dapat tidak perlu diangkat dan dimaktubkan sebagai undang-undang yang boleh menjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Mengapa perlu Hudud dipolitikkan, sedangkan menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk sama-sama mempastikan perlaksanaannya.

Apa yang jelas, manusia apabila bercakap dengan berselindung di sebalik kepentingan politik akan berbau hanyir, tidak matang dan menampakkan ketidak cerdikannya. Semua orang maklum, negeri dibatasi oleh Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan;

"Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu."

Dewasa ini, sekali lagi kedengaran suara yang tidak cukup asam garamnya di sana-sini memperlekeh malah mempermainkan Hudud. Bahkan mencabar Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Hudud, juga turut mempertikaikan Kerajaan Negeri Kelantan yang menurutnya tidak mengotakan janji untuk melaksanakan Hudud. Suara-suara ini adalah suara daripada golongan pemimpin parti politik yang mereka menganggap seorang yang intelek. Padahal mereka tidak sedar bahawa mereka merendahkan maruah mereka sendiri, seperti menurut Datuk Haji Ismail Kamus apabila seseorang itu diam, orang mengagak sahaja mungkin orang itu bodoh tetapi apabila seseorang itu bersuara masayarakat akan mengesahkan yang memang orang bersuara itu bodoh.

4 comments:

Cikli said...

tapisan.

MokSU said...

sokom...

Cikli said...

sesetengah pemimpin tu tak bersuara lagi nampak bodoh. bila bersuara konfim bodoh. bila joke, lawak bodoh.

Fadhli-Fadhilah said...

Sesiapa yg menentang hukum Hudud, maknanya ia menidakkan hukum Allah...Manusia memang bodoh, hanya manusia yg beriman sajer yang beraqal mulia.

Ambo sokong hukum hudud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...