Wednesday, December 17, 2008

Bangla?

Semasa selesai solat sunat lepas zohor di surau, saya bersembang dengan seorang makmum. Seorang pemuda Bangladesh yang baru selesai solat sunat menghampiri kami;
"Bangla?" sambil menunjukkan ke arah saya.
Saya tersengih "No!" sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"I'm Malay"
Abang di sebelah saya menyampuk, "Dia baru datang, tak pandai cakap melayu"
"Do you speak English?" Tanya saya padanya.
Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Tergelak saya dibuatnya, "Hai bangla ni nak cari waris ke?" getus hati kecil saya. Terfikir juga saya, hitam macam bangla ke saya ni!

Ini pertama kali bangla keliru dengan keturunan saya, tetapi bukan pertama kali orang melayu kita keliru tentang saya. Semasa saya berkhidmat di Kuantan dalam tahun 1995-2004, ada juga klien yang menyangka saya mamak Pulau Pinang. Dan, semasa masih belajar secara PJJ di UUM 1999-2004, kawan saya turut silap mengecam saya di dalam sesi Kuliah yang telah saya ambil pada Semester sebelumnya. Apabila di terpandang saya di Bilik Kuliah lain, terus dia menegur;
"Kawe ingat demo tadi, rupanya ore lain"
Kawan di sebelahnya turut menyokong dan kebetulan pemuda yang disangkanya saya itu berjalan melintas kami.
"Hah! tupun ore tadi"
Saya lihat pemuda itu macam keturunan mamak. Ayah saya melayu bukan campuran dan begitu juga dengan emak saya. Jadi dari mana nasab ni.....

4 comments:

Cikli said...

nak tahu bangla ke tak, cuba mung lepak di gertak gantung setar puna.... kalu gu lalu tak tegur, sah dia ingat bangla dok lepak.

bangla la ke melayu ke yang penting iman.

Anonymous said...

bahayo nih... jgn lupo bowok ic sokmo2.. huhuhu

aku raso mu nasab pok wei colek... huhuhu

CankerSaurus

Anonymous said...

mungkin tang hidung tu yang ada gaya bangla skit kut..hehehe jangan marah.


kamal melaka

pokmudo said...

Cikli:Takut nnti polis tegur...
Dr. Canker:Kita serupo...
Kamal:Kita pun lebih kurang...he3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...