There was an error in this gadget

Saturday, December 6, 2008

Semuanya Mehnah Allah

Innalillahi wainna ilaihi raajiun! Pagi ini (7 Disember 2008) Pok muda tawakkal memandu meredah air banjir yang merentasi jalan raya sedalam (agak-agaknya) separas lutut semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Banyak kenderaan yang tersadai di tepi jalan dan rata-rata tempat berlaku kesesakan berikutan banyak kenderaan dari luar terkandas perjalanan untuk pulang berhari raya di kampung. Inilah senario hari ini yang dapat Pok Muda lihat awal pagi tadi.

Kita juga dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh yang meranapkan beberapa buah banglo di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa yang mengorbankan beberapa nyawa dan memusnahkan harta benda.
Bagi penduduk yang menghuni di kawasan rendah apabila tibanya penghujung tahun akan berhadapan dengan banjir. Mereka ini kebanyakannya sudah ada pengalaman getir apabila terpaksa berpindah dan menyelamatkan diri dan keluarga. Sementara itu, bagi penghuni di kawasan berbukit, terutamanya yang mendiami cerun-cerun bukit, tragedi tanah runtuh ini memang tidak dijangka. Apa yang terdaya untuk kita hanyalah berserah kepada ketentuan Allah ta'ala. Namun, sudah menjadi budaya orang kita barangkali, apabila sudah berlakunya sesuatu musibah masing-masing mula menuding jari.

Pun begitu, nasib yang menimpa para pekerja Astana Kelab Golf di Kuantan, Pahang juga turut menyedihkan hati. Siapa yang akan muncul sebagai wiranya nanti? Apa yang penting keikhlasan.

2 comments:

Cikli said...

salam.

air naik pulak? musim bah belum habis bah.

kita kena banyak bersabar.

Anonymous said...

kalu ngarong air jange bagi air masuk dlm ekzos. Maintain speed, jange berenti.

Kalu terberenti atau mati kena mati enjin takut air masuk enjin.

CankerSaurus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...