Sunday, October 25, 2009

Teguran Untuk Kebaikan


Tiada seorangpun manusia sempurna, jadi mengapa melatah dan membiarkan pihak lawan mengambil peluang menghentam serta meracun pemikiran penyokong-penyokong, khusus 'orang di atas pagar' daripada mendekati PAS. Kata PAS sebuah wadah yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, jadi apabila diberi pandangan yang tidak memihak kepada individu-individu tetapi demi mendaulatkan penubuhan wadah Islam terimalah dengan lapang dada. Ketepikan kepentingan diri sebagaimana Saidina Abu Bakar As-Siddiq sanggup digigit binatang berbisa demi mempertahankan Nabi Muhammad S.A.W semasa bersembunyi dari kaum musyirikin Quraisy.
Cuba kita sama-sama soroti kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990, siapa yang mula-mula isytiharkan emolumen dan segala faedah saraan yang layak diperolehinya dipotong 45%. Untuk faedah apa tindakan sedemikian dibuat kalau tidak untuk mengasuh hatinya supaya tidak temae (tamak) kepada habuan dunia. Cuba kita geledah dan pantau di serata alam dan lihat para pemimpin daripada peringkat bawah sehingga menjulang ke atas, pemimpin mana yang sanggup hidup dalam rumah papan kekampungan? Itu yang saya nampak, saya kenal Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kuliahnya,ceramahnya,catatan dan bahan-bahan bercetak lain yang ada hubungan dengan beliau. TG tidak kenal saya walaupun kami pernah bersalaman di beberapa majlis TG. Jadi, tiada manfaat untuk diri saya jikalau saya mempertahankan tindakan TG.
Namun, jauh di sudut hati, saya melihat apa yang ingin disuarakan oleh TG adalah demi untuk 'membuang karat' yang hinggap di bejana wadah Islam ini. Tarbiah mesti dimulakan kembali dan kembalikan roh jihad yang menuntut setiap hamba-Nya mendaulatkan Islam walaupun diBENCI oleh orang-orang kafir. Buat apa sokongan mereka, jika kita masih tidak boleh mendaulatkan suruhan Allah yang sudah muktamad?
Bertitik tolak dari situlah, saya rasa TG mengambil tindakan yang mendedahkan dirinya dan wadah yang diperjuangkannya kepada asakan liar. Saya tidak hairan dengan ulasan para pemimpin parti lawan tetapi bagi para pemimpin PAS,cuba ketepikan kepentingan lain tetapi fokus kepada matlamat asal yang selaras dengan Islam.
Saya hanyalah ahli dan penyokong PAS dan selama hidup 43 tahun ini tidak pernah lagi mengundi selain daripada PAS. Semasa PAS menang besar pada tahun 1990, saya di Kuala Lumpur tetapi pulang ke Kelantan untuk sama-sama mengundi. Walaupun semasa perjalanan pulang ke KL, bas yang saya naiki rosak dan menyebabkan saya dan penumpang lain terkandas di dalam Negeri Pahang dari jam 12.00 tengah malam sehingga jam 7.00 pagi. Kemudian, saya terlepas beberapa kertas Peperiksaan akhir semester, namun saya reda dan lega... wadah yang memperjuangkan Islam menang.
Bukan sahaja sebagai Mursyidul Am PAS tetapi tanggungjawab menegur ini juga menjadi kewajipan para ahli PAS. Ibu bapa tegur anak-anak kerana sayang dan tidak mahu memusnahkan anak-anak. Jadi, pada saya kerana rasa sayang pada PASlah maka teguran dan tindakan membetul dan memperkasakan PAS wajib diambil. Bukankah "Islam Untuk Semua"? Jadi, lapangkanlah dada dan jika kita rasa kita tidak disukai makmun sebagai imam mereka, maka bersopan dan beradab selaras dengan disiplin yang digariskan oleh agama Islam seperti yang pernah kita ajar dan tarbiahkan kepada anak-anak atau murid-murid kita, jika perlu kita undur dan letak jawatan maka lakukanlah tetapi perjuangan kita jangan pudar. Komitmenkan sokongan dan kerja keras walaupun sebagai ahli biasa atau sekadar penyokong. Apa yang penting, demi mendaulatkan Islam. Wallahu a'lam.

3 comments:

Cikli said...

kalau tok guru berdehem pun haji hadi dan nasaruddin dan mustafa ali akan berlari datang (atas dasar respect), kenapa perlu tulis dalam blog?

komentar dalam blog hanya sesuai dengan orang yang tiada platform untuk didengari, contohnya aku.

apalagi benda sebesar egm dan melibatkan pimpinan atasan yang kita sendiri memilih mereka...

pokmudo said...

Cikli:Itulah masalahnya. Mengapa kita selalu memberi tazkirah kepada para pendengar, "adab menegur biarlah berhikmah,jaga maruah orang yang ditegur dan cari tempat yang hanya mereka sahaja ada dan tegur dengan sopan"... tapi time kita ...main hentem sahaja...

CankerSaurus said...

mula2 dok tau nak kata/pikir gapo.

Kalu kita marah anak2. mula2 suara lembut bg nasihat. dok dgr jugak kita suara kuat sikit. tp kalu degil dooh kita tengking/bertempik kuat2 biar dia ambik endah.

pikir2 semula mungkin kita marhean dok tau pasal kes UG ni dah sampai tahap seriuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...