Sunday, March 1, 2009

Biru...lelaki?









































Tahniah dan kesyukuran kepada adik perempuan saya yang baru 6 hari selamat melahirkan bayi yang keempat. Apa tak gembiranya dia apabila bayi ini lelaki setelah tujuh tahun menunggu dan ketiga-tiga anak perempuan. Dia yang juga merupakan seorang ustazah membongkarkan rahsianya. Katanya;
"Perasan tak... semua barangan bayi ini berwarna biru?"
"Kenapa?" balasku.
"Aku sengaja belikannya biru... moga-moga Allah kurniakan aku anak lelaki?" Dia yang mudah ketawa itu terbahak-bahak.
"Aik! Apa kena-mengena biru dengan jantina lelaki?" Soalku minta kepastian.
"Kan warna ini sesuai untuk lelaki. Tengok Kad Rawatan Bayi lelakipun warna biru" Jelasnya sambil ketawa.
Hai!menjadi juga usahanya. Tapi itu kebetulan sahaja, yang penting permohonan kita dengan Pencipta. Satu lagi, rumahnya dalam pembinaan lagi, jangan nanti rumahnyapun ikut dicat biru macam dalam iklan Celcom...biru...biru..






6 comments:

ctkini said...

"Tahniah",dapat jugok cik sah anok tali biru.sama ramai dengan bonda loni.pokmuda bilo pulok?

Cikli said...

hijau la pulak..

pokmudo said...

Bonda: kecek slow2 sikit...
Cikli: itu yang hakiki...

Nur said...

Tahniah, sampaikan salam tahniah pada adik pokmudo...biru memang universally dikaitkan dengan lelaki....padan lah...takkan merah, garang sangat kan...:D

moga jadi anak yang soleh!

pokmudo said...

Nur:Tq.Insya-Allah saya sampaikan

Suriati Abdul Halim said...

hahaha..kalo pok mudo plak cmne?
nak prepare kaler ape kalo dah nak dapat baby nanti?
biru ke, pink ke, or pok mudo ni ade semangat kehijauan jelapang padi?hahaha.
(tingat p lawat baby kawan, suma menda kaler purple.huhu.mak die fanatik purple upenye)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...