Monday, December 22, 2008

Wujudkan Suruhanjaya Bagi Hudud

Orang Islam biarlah ada keinginan walaupun sekadar 'sekutil semut' untuk sama-sama mendaulatkan Undang-undang yang telah disyariatkan Allah. Hudud telah disyariatkan oleh Allah maka sewajarnya setiapnya umat Islam menyokong dan bukannya melatah dengan macam-cama nada.

Jikalau Hudud yang disediakan oleh Kerajaan Kelantan itu tidak tepat maka baikilah ia setepat mungkin berpandukan al-Quran, al-hadis, qias dan ijma' ulama'. Kalau kita boleh sediakan pelbagai suruhanjaya bagi menggubal sesuatu akta maka kenapa tidak boleh tubuh satu suruhanjaya bagi menambah baik atau memperbetulkan mana yang difikirkan tidak betul tentang Hudud yang telah diluluskan oleh Kerajaan Kelantan itu. Ketepikan anutan politik demi memartabatkan agama yang menjamin kesejahteraan bukan sahaja manusia sejagat tetapi seluruh maya ini. Apa yang penting Hudud adalah wajib dilaksanakan.

4 comments:

Cikli said...

betul kata najib, hudud isu lama. memang sejak nabi hidup lagi. inilah isu antara nabi dan abu lahab dan abu jahal.

dah lama dah.

pokmudo said...

Bagi orang beriman, lalat hijau di atas hidung merupakan sesuatu bala yang besar. Sebaliknya, bagi orang yang tidak beriman batu besar di atas kepala tidak memberi peringatan kepada mereka. Wallahu 'alam.

Anonymous said...

setuju dengan pokmudo, takbir...


Kamal Melaka

ASaL said...

Ironi, orang yg tidak tahu mengetahui ttg sesuatu memberi komentar (org2 politik kita), bukankah telah ada satu peringatan, apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yg bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...