Saturday, December 13, 2008

Sorong Papan Tarik Papan

Sorong papan tarik papan,

buah keranji dalam perahu;

suruh makan saya makan,

suruh mengaji saya tak mahu.



Asalnya royalti tetapi apabila pemerintahan negeri bertukar tangan kepada pihak parti lawan maka ditukar kepada wang ehsan, dengan kaedah agihan kepada rakyat secara yang berlainan. Sekarang, pemerintahan negeri balik kepada parti yang sama dengan pusat maka berubah pula wang ehsan kepada royalti. Seandainya pada PRU13 nanti pemerintahan bertukar tangan, adakah royalti akan berubah menjadi wang ehsan?



Sebanyak RM408.6 juta royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu dan RM10 bilion sebagai permulaan bagi cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum menjelangnya Pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Selepas ini, yang pasti sebelum Pilihanraya kecil mungkin banyak manfaat yang akan diterima oleh penduduk Kuala Terengganu. Pada masa para pemimpin UMNO berjuang untuk memerangi politik wang dalam proses pemilihan parti, sekonyong-konyong sebelum tibanya hari penamaan calon bagi proses PRK Kuala Terengganu, bedebuk! wang dihumban ke Terengganu.



Pitih atau wang hasilan minyak ini telah kembali dalam bentuk asalnya, jadi rakyat Terengganu tidak perlu lagi beratur panjang di Balai-balai raya bagi mengambil wang ehsan. Wang ini akan diuruskan oleh kerajaan negeri Terengganu dan kita lihatlah nanti ke mana alirannya. Papan sudah tersorong dan buah keranji sudah berada dalam perahu. Maka sampailah saat untuk dimakan tetapi selepas ini apabila disuruh mengaji jangan kata tidak mahu atau tidak tahu. Apa yang dimakan itu mesti tahu halal haramnya.

7 comments:

Cikli said...

sorong papang, tarik papang.
buah keranji dalang perahu.
kalu fikirang dok pahang setarang.
18 kali mengundi pong masih lagu tu...

pokmudo said...

Kalu kite tahu kale,
pantang lalu semo bahang,
ikut hati nak projek & pitih sokme
ikut imang baru le agame nak ditegakkang.

pokmudo said...
This comment has been removed by the author.
Cikli said...

dulu royalti pahtu wang ehsang
dari wang ehsang jd royalti
baso pemimping jennih musang
bowok la duit tu sapa ke mati

ASaL said...

:) politik dan wang, seperti irama dan lagu eh?

Anonymous said...

sorong papang, tarik papang.
dalang perahu, buah keranji.
kalu rakyat dok pahang setarang.
senang nok nipu baham royalti.

CankerSarus

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

itulah..bila dah ada perasaan mazmumah dalam diri. berebut dan jadi pemimpin sebab nak kumpul pangkat dan harta. tapi tak sedar bahawa ianya amanah ALLAH yang akan dipersoalkan nanti..jawablah nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...