Wednesday, December 17, 2008

Mana Nilai Kita Sebagai Seorang Muslim?

Gambar seorang pelakon baru perempuan yang masih remaja (14 tahun) sedang bercium dengan seorang pemuda dilaporkan telah dimanipulasikan dan disebarkan melalui internet. Di dalam akhbar hari ini (18 Disember 2008), pelakon tersebut menjelaskan bahawa gambar itu sebenarnya suatu permainan yang di adakan di rumahnya pada Hari Raya Haji lepas. Permainan memegang kad dengan menggunakan mulut dan ianya selain ditonton oleh kedua ibu bapanya juga ditonton oleh saudara maranya yang lain.

Pelakon muda itu mendakwa ibu bapanya tidak marah dan tidak tegahpun tentang permainan itu dan itu cuma sekadar permainan sahaja. Begitulah rapuhnya keimanan umat kini, walaupun dilapik dengan kad kecil di antara kedua mulut remaja perempuan dan lelaki namun bayangkanlah sendiri betapa rapatnya kedua tubuh pasangan tersebut. Kita orang Islam, jadi hukum halal haram bukan berpandukan kepada ibu bapa marah atau tidak.

Orang muda dengan fiil orang muda, tidak terkecuali dengan orang yang sudah berumur. Seorang pelakon senior perempuan ini pula tidak bercakap benar dan dalam masa yang sama seolah-olah memperlekeh dan membuat masyarakat merasa pegawai agama yang menikahkannya itu bercakap bohong. Ini berikutan penafian yang beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki muda. Islam menyuruh kita menghebahkan perkahwinan tetapi sebaliknya bagi aktres ini.

6 comments:

Cikli said...

nasib baik aku tak kawin dgn artis...

Anonymous said...

mulo aku suruh mok pinang siti nurhaliza.. murih dio. teruh gi pinang siti nurhakini... huhuhu

Cikli said...

oitt... sapa pinang sapa haaa...

pokmudo said...

...tapi puas hati, gi pagi sampai umahnya lepas asar...padahal perjalanannya sejam je...

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

orang zaman sekarang dah jadikan hkum agama sebagai suatu permainan. ikut suka nak main bila dan dengan siapa. halal dan haram hanya sekadar teka-teki. terutamanya para artis. sebab itulah jangan jadikan artis sebagai idola. masih banyak lagi tokoh-tokoh ulama boleh dijadikan idola.

Anonymous said...

betullah cikli,ayohnik pinang moknik tapi moknik risik ayahnik sbb cikroh kenal famili cikesah yg blh diharap sbbnyo moknik ore susoh. pokmudo kalu dah jodoh pusing 10hr pun jadi jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...