Saturday, December 20, 2008

JANGAN TIPU TAU!

Kemalrin (20 Disember 2008), saya mendaftarkan anak ketiga ke TASKI Al-Huda. Apabila dapat resit bayaran, saya tengok ada catatan yuran November 2009. Saya tanya cikgunya dan bila dijelaskan baharulah saya faham. Rupa-rupanya sudah lama pihak TASKI menghadapi masalah ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran persekolahan anak-anaknya bagi bulan November. Jadi, sebagai langkah proaktif, pihak TASKI terus mengutipnya semasa pendaftaran dibuka. Hai dalam hal pendidikan anak-anakpun masih ada yang cilok? Ini belum tengok prasekolah yang di bawah Jabatan Pelajaran, yang bertempat di sekolah-sekolah rendah. Bukan 100% golongan sasaran, tetapi ibu bapa yang berkemampuan juga turut mencuri peluang orang-orang yang layak. Jangan Tipu Tau!

1 comment:

Cikli said...

ambil yuran november semasa pendaftaran boleh dikatakan kebanyakan prasekolah mengamalkannya.

pendapat ana, jika duit tu dilabur, untung kena bagi 2 dgn ibubapa. bukan nak berkira tetapi bagi ana satu langkah 'proaktif' yang nak senang dan tak elok.

ana tak setuju!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...