Sunday, December 21, 2008

Jangan Hanya Mendongak Ke Langit

Pas merupakan sebuah wadah yang mengembling tenaga manusia dari berbagai lapisan sama ada peringkat umur, status sosial, bangsa ataupun jantina. Selain daripada sumber tenaga, ianya juga merupakan tempat manusia berkongsi ilmu pengetahuan dan akal fikiran bagi membangunkan manusia berlandaskan syariat. Itulah pandangan peribadi Pok Muda yang mula melibatkan diri dalam perjuangan Pas pada tahun 1986 dan sama-sama kepimpinan Pas di peringkat cawangan. Walaupun sumbangan tenaga Pok Muda teramat kecil dan telah lama berlalu, yang kini hanya sebagai penyokong namun komitmennya masih ada . Pok Muda juga berpendirian semacam Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, "Bukan taksub kepada parti politik tetapi sayangkan kepada Islam. Memandangkan pada masa sekarang, hanya Pas yang memperjuangkan Islam maka saya dengan Pas".

Harapan saya, para pemimpin dan penyokong Pas tidak mudah goyah dengan berbagai ujian sama ada dalam bentuk wang ringgit, pangkat, jawatan ataupun apa-apa sahaja. Fokus kita memartabatkan Islam dan menjulang undang-undang yang disyariatkan mengikut kemampuan masing-masing. Kemampuan kita hanya terbatas sebagai pengundi maka laksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan rasa cintakan agama, ummah dan negara. Jikalau kemampuan dalam wang ringgit maka rencanakannya dengan penuh keredhaan, seandainya kemampuan kita menyumbang kepakaran dalam berbagai bidang maka laksanakannya dengan penuh komitmen dan ikhlas. Bagi para pemimpin baik di peringkat cawangan, kawasan, negeri mahupun di peringkat pusat iltizam dalam perjuangan amatlah dituntut. Setiap tindakan kita biarlah ikhlas dan tiada mengeruhkan hati sesama kita. Janganlah kita tinggalkan tanggapan buruk atau prasangka di kalangan kita.

Pok Muda luahkan rasa hati ini ekoran daripada mendengar luahan hati seorang veteran Pas Cawangan dan Kawasan tempat kelahiran Pok Muda yang juga pernah memegang jawatan YDP Cawangan semasa Pok Muda bersama-sama menggerakkannya dahulu. Di sini, bukanlah tempat Pok Muda hendak berkongsi luahan itu secara mendalam. Walaupun, Pok muda cuma pacal sahaja namun ianya juga sebahagian daripada anggota badan. Sakitnya juga turut dirasai.

1 comment:

Cikli said...

masa susah sokong Islam, bila ada kuasa, ada projek, mula la cilok sikit. inilah yang kita nauzubillah.

baik orang kampung yang berpolitik simple, iaitu antara nak Islam ke tidak. sokong pas atau umno. mudah saja. tak perlu pikir dap, pkr, ppp, mca, mangkuk, mic, ayun, projek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...