There was an error in this gadget

Saturday, December 20, 2008

Akar Di Bukit Daunnya Di Dalam Air


Ketika saya berkhidmat di Kuantan dahulu, dalam perjalanan pulang dari Melaka , pemandu kenderaan pejabat kami pernah mengajukan suatu soalan teka-teki bagi menghilangkan rasa mengantuknya.

"Pokok apa akar di bukit dan daunnya berada di dalam air?"

Tragedi di Bukit Antarabangsa mengingatkan saya pada soalan teka-teki ini. Begitu juga dengan ulasan seorang wartawan senior melalui satu kolum di sebuah Akhbar Harian tentang kerenah mangsa Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa.


"Akarnya di bukit", memanglah yang berada di bukit itu golongan yang tebal poketnya. Kos bagi mendapat dan menyediakan tapak, lebih-lebih lagi membina kediaman mewah di bukit terlalu tinggi. Lantaran itu, orang di Bukit merasakan mereka tidak sama dengan orang di sungai. Maka timbullah kemelut tentang mempertikaikan layanan petugas-petugas keselamatan terhadap mereka.


"Daunnya berada di dalam air" boleh kita kaitkan kepada golongan marhain, sebenarnya kalau berpandukan kepada jawapan teka-teki ini yang merujuk "pokok teh", daunnya yang yang membuka selera dengan aroma dan rasa yang menyegarkan itulah yang perlu demand. Tetapi disebabkan daun teh tadi telah banyak melalui pengalaman pahit manis, ujian demi ujian, cabaran demi cabaran seperti dicuci,dikering, dimesin dan berbagai lagi sehingga dipekkan dan dihantar ke pasaran maka segala mehnah dirasakan ujian Illahi dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan diperolehi. Lainlah dengan"akar" yang sentiasa dibajai, disirami. Wallahu 'alam.

3 comments:

Anonymous said...

pon cenggitu kita kena demand akar yg sihat dan kukuh, bukan akar yang memburuk dan rapuh.

CankerSaurus

Cikli said...

kekeliruan bahasa.


1. golongan 'berada' di bukit antarabangsa.

2. golongan 'berada' di bukit goh.

apa bezanya?

kenapa yang pertama orang bayangkan 'berada' sbg kaya dan berharta.

yg kedua 'berada' terus dibayangkan lokasi duduknya.

maksudnya kita kena faham isunya baru dapat isinya.

pokmudo said...

Dr. Canker: Akar yang sihat melalui rawatan yang betul dan tiada korupsi.

Cikli: Bukan "berada" tetapi "mengada"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...