Sunday, August 22, 2010

Hudud Impian Kesejahteraan


Biar apapun alasannya,puasa pada bulan Ramadhan tetap wajib. Setiap kali menjelang Ramadhan berbagai kupasan dan ulasan tentang kelebihan Ramadhan sama ada dari perspektif kesihatan ataupun dari perspektif lainnya diketengahkan. Namun, penganut Islam dari keturunan melayu masih ramai yang tidak puasa, bukan sekadar makan di siang hari malah lebih biadab merokok yang turut melemaskan orang yang berpuasa.
Jadi, kita tidak hairan mengapa manusia dari penganut agama selain Islam ragui ataupun sangsi atau tidak jelas atau keliru tentang hudud kerana penganut Islam sendiri yang dari keturunan melayu masih keliru dan takut-takut tentang hudud.Malahan tiada kupasan atau ulasan secara langsung atau rakaman melalui massa media tentang kebaikan atau hikmat hudud.Tegasnya, kita tidak hairan mereka yang dari penganut agama lain mengatakan "Hudud Impian Peribadi TG Nik Aziz" kerana mereka tidak beriman.
Apapun alasannya, hudud dari Allah dan saya yakin 100% mampu menangani gejala sosial yang makin parah. Kelemahan yang mungkin wujud adalah daripada pelaksanaannya sahaja, kerana kita manusia ada kelemahannya. Namun lebih baik dilaksana daripada hanya dibaca di kitab-kitab. Wallahu 'alam.

1 comment:

Cikli said...

sokong pokmudo.

hudud tu hukuman.

taknak buat hukuman hudud pong, buatlah pentaddiran ikut Islam. kuranglah kes zina, rogol, rompak, curi, bunuh, murtad.

konon nak ambil dna. itu kawalan pentadbiran, bukan ganti hudud. hudud hukuman akhir. ambil dna tu baguslah untuk kawalan dan pencegahan. bukan ganti hudud. jangan nak terlebih cerdik pulak.

hudud dengan isa tu terlebih baik hudud macam langit dengan bumi. tapi isa sokong pulak. mati hati betul umno ni. kalau karpal tu memang dia tak faham sebab dia masih kapir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...