Saturday, July 31, 2010

Sila Pandang Belakang...


Terkejut juga Pak Muda bila mendapat berita anak saudara perempuan berusia 4 tahun hilang hampir sejam di sebuah pasar raya. Terus Pak Muda telefon ibunya, adik perempuan bongsu Pak Muda. Bla...bla...
Semalam, asyik Pak Muda,isteri dan anak-anak mencuci rumah adik yang belum siap maka setelah hari hampir maghrib tambahan pula hujan masih turun, sekonyong-konyong seorang anak perempuan kelima Pak Muda yang berusia 3 tahun tiada. Puas dicari dan dipanggil, tiada. Hati mula berdebar...
"Kakak... abang pergi tengok rumah nenek..." arah Pak Muda.
Di rumah nenek, Mak Long bercerita semasa dia berlari-lari anak balik dari rumah adik itu, dia terpandang ke belakang dan melihat anak perempuan Pak Muda berlari-lari mengejarnya dalam hujan. " Hush...nasib baik aku pandang belakang"...dengus kakak Pak Muda.
Pak Muda bersyukur sangat...

3 comments:

ctkini said...

Ya Allah..sgguh terkejut..kecut perut nasib baik x per2

Cikli said...

terima kasih pak muda & co kerana bersusah payah membantu. budi kalian tetap menjadi pujaan hatiku.

kena jaga anak kita elok-elok. ambo pon pernah hilang anak sekejap di kedai.... perasaan takleh nak royat.

Anonymous said...

alhamdulillah xd gapo2.nyesal sungguh ajak msu n family shopping hr 2...
mcm2 perasaan ada dlm hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...